Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Juara ‘Anugerah 2017’ mangsa nahas motosikal di Johor, bakal bernikah pada Dis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Juara ‘Anugerah 2017’ mangsa nahas motosikal di Johor, bakal bernikah pada Dis

Mar 23, 2024 | 08:59 PM



Harapan Cik Norris Sanat untuk melihat anaknya mendirikan rumah tangga pada 2024 kini tinggal impian.

Ini selepas anak keduanya, Mohammad Shahfiq Irman, 27 tahun, terkorban dalam satu kejadian rempuhan lori kontena di Lebuhraya Utara-Selatan di Johor pada dinihari 23 Mac.

Allahyarham Mohammad Shahfiq, yang merupakan juara rancangan adubakat ‘Anugerah 2017’, dan seorang lagi temannya, Allahyarham Mohamad Firman Nordin, 27 tahun, terkorban ketika sedang berkonvoi bersama enam teman lain untuk bersahur di seberang Tambak.

Jenazah arwah bakal dikebumikan di Pusara Aman pada 24 Mac.

Bercakap kepada Berita Minggu, ibu arwah, Cik Norris, 48 tahun, berkata arwah anaknya itu bakal bernikah pada 7 Disember, dan kesemua persiapan telah dibayar bagi acara itu, termasuk baju pernikahannya.


Allahyarham Mohammad Shahfiq juga sepatutnya menerima kunci rumah baru beliau pada April, yang terletak dekat sahaja dengan rumahnya di Senja Road, tambah Cik Norris ketika ditemui BM di flatnya di Bukit Panjang.

“Shahfiq tu manja orangnya. Dengan anak-anak saya, dia paling lemah lembut, teman-teman dia pun cakap dia lemah lembut,” kata ibu empat anak itu dengan penuh sebak.

“Dia paling rapat dengan saya... setiap hari dia akan telefon saya sekurang-kurangnya dua kali semasa di tempat kerja,” tambahnya yang menerima berita tentang nahas itu pada sekitar 3.40 pagi.







Tunang arwah, Cik Lili Afini Zahit, 27 tahun, berkata ringkas kepada BM, beliau tidak dapat mengungkapkan sebarang kata-kata mengenai kejadian itu, kerana berasa amat berdukacita.

“Shahfiq merupakan laki-laki yang sangat-sangat baik,” ujarnya yang berkenalan dengan arwah selama tiga tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruh Jaya (ACP) Ismail Dollah pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu sekitar 3 pagi di Kilometer 111.4 Lebuhraya Utara-Selatan, Yong Peng-Pagoh, Batu Pahat, Johor.







Kemalangan dipercayai berlaku apabila salah seorang penunggang konvoi mereka mengalami tayar yang pancit dalam perjalanan dan telah berhenti di kawasan rehat Yong Peng.

Lantaran itu, baki tujuh penunggang telah menghentikan motosikal mereka di lorong kecemasan untuk menunggu beliau, sebelum sebuah lori kontena yang hilang kawalan merempuh kumpulan berkenaan.

Akibat kejadian itu dua penunggang terkorban sementara empat lagi mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital pakar Sultanah Fatimah, Muar.

ACP Ismail berkata lori terbabit dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan, 33 tahun, yang berasal dari Kedah bersama kelindannya berumur 29 tahun.

Pemandu tersebut telah ditahan reman tiga hari hingga 25 Mac bagi membantu siasatan dan ujian air kencing dan arak terhadapnya didapati negatif, katanya.

Cik Norris berkata Allahyarham bersama teman-temannya telah berlepas dari Singapura kira-kira 12 tengah malam 23 Mac.


Arwah memang sering berkunjung ke Johor untuk ‘berkopi’ bersama teman-temannya yang dikenali sejak sekolah rendah, katanya


“Sejak dapat lesen pada usia 17 tahun, dia tak pernah hadapi sebarang masalah ketika menunggang motosikal,” kata Cik Norris.


“Bahkan, kemalangan berlaku, bukan sedang mereka dalam perjalanan tetapi dilanggar di tepi jalan.”


Arwah adalah juara ‘Anugerah 2017’ dan peserta ‘SG Mania’ Musim Ketiga anjuran Mediacorp Suria.


Anak sulung Cik Norris, Encik Shahid Abdul Rahman, 30 dan bapa arwah Encik Huslan Mohd Noor, 60 tahun, telah berangkat sejak 6 pagi, 23 Mac ke Malaysia untuk menguruskan jenazah.


Adik bongsu arwah yang juga ‘Juara Suara 2.0’, Syah Riszuan, 19 tahun, berkata pemergian arwah abangnya itu satu kehilangan besar dalam hidupnya.







“Beliau seorang yang saya amat hormati, sebab beliau gemar menyanyi dan saya juga gemar menyanyi. Jadi amat parah kehilangan seorang abang yang mengongsi minat yang sama begitu sahaja,” katanya.


Rakan artis turut melahirkan kesedihan di atas pemergiannya. Antaranya ialah naib juara ‘Anugerah 2017’, Syakirah Noble menulis kenyataan di ruang komen di Instagram dengan menyifatkan arwah sebagai seorang teman, pemuzik dan seorang abang.

“Ini satu pemergian yang besar,” katanya.

“Harap anda rehat dengan tenang di sana.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >