Keindahan seni batik diteroka dan dirakamkan oleh wartawan foto Khalid Baba semasa beliau membuat lawatan ke salah sebuah galeri batik yang terletak di perkampungan batik di sekitar Yogyakarta baru-baru ini. Pada 2 Oktober 2009, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) secara rasmi mengiktiraf batik, (batik tulis dan batik cap) sebagai Karya Agung Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara dari Indonesia, dan menggalakkan rakyat dan pemerintah Indonesia supaya melindungi, mempromosikan, dan mengembangkan ketukangan batik. Sejak itu, Indonesia menyambut Hari Batik Nasional setiap tahun pada 2 Oktober.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg