Sertai ‘cruise healing’ BH dan nikmati kemudahan kapal mewah
Sertai ‘cruise healing’ BH dan nikmati kemudahan kapal mewah
Sertai ‘cruise healing’ BH dan nikmati kemudahan kapal mewah
Selama tiga hari dua malam, penumpang yang mengikuti ‘cruise healing’ anjuran Berita Harian (BH) dari Singapura ke Melaka akan dapat menikmati kemudahan bertaraf dunia di atas kapal mewah Genting Dream.
Perjalanan yang berlangsung dari 26 hingga 28 April ke Melaka ini merupakan sebahagian daripada usaha Kaki Jalan, ruangan pelancongan di bawah BH yang bertujuan mendekati pembaca.
Sepanjang pelayaran, peserta akan dihiburkan oleh penyanyi, pelakon, pengacara dan pelawak dari Malaysia, Elly Mazlein – juga mesra disapa ‘Kak Lina Pom Pom’ – yang akan digandingkan bersama personaliti terkenal Singapura, Suhaimi Yusof.
Selain mencetuskan gelak tawa, kedua-dua personaliti bakal berkongsi tentang perjalanan hidup dan liku-liku yang mereka tempuhi.
Elly berkata: “Insya-Allah antara aktiviti bersama Kak Lina adalah sesi berkongsi pengalaman jatuh bangun sebagai anak seni yang sedikit sebanyak boleh menjadikan sumber inspirasi dan motivasi buat kita semua.
“Dan di sebelah malam pula Kak Lina akan menghiburkan para penumpang dengan dua buah lagu di samping gelak ketawa santai bagi menceriakan suasana sepanjang ‘cruise’.”
Turut hadir memberi bimbingan kerohanian ialah mantan Timbalan Mufti, Ustaz Hannan Hassan, yang akan memimpin doa, solat jemaah di bawah langit malam serta memberi ceramah yang bertujuan membangkitkan semangat peserta.
Ustaz Hannan mengalu-alu penyertaan pembaca dan berharap peserta dapat meraih pengalaman unik dalam suasana santai.
Kapal mewah Genting Dream yang dinaiki ini mampu memuatkan hingga 3,352 penumpang dalam satu masa, dan mempunyai 1,674 kabin serta 18 dek.
Mereka yang mengikuti ‘cruise’ ini boleh memilih untuk menginap di pelbagai jenis bilik - Interior, Oceanview, Balcony, Balcony Deluxe dan Palace Deluxe Suite.
Bilik jenis Palace Deluxe Suite merupakan kemudahan luas dan mewah di dalam ‘The Palace’, kawasan eksklusif yang memberi layanan VIP - lengkap dengan perkhidmatan butler, kemudahan premium, kolam renang, lounge peribadi, serta perkhidmatan keutamaan antara lain.
Dengan saiznya yang luas, ia dapat menawarkan pelbagai kemudahan yang biasanya hanya terdapat di darat.
Antaranya adalah rock climbing, mini-golf, ping pong, bowling, trek berlari-lari anak dan kolam renang lengkap dengan jakuzi.
Jika ingin memanjakan diri, spa tersedia dan bagi ibu bapa yang ingin berehat seketika, mereka dapat menitip anak-anak mereka di Little Dreamers Club.
Penumpang tentu tidak akan kelaparan dengan kepelbagaian luas juadah lazat yang tersedia di bahagian halal The Lido untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Restoran gaya bufet itu menawarkan hidangan antarabangsa, termasuk masakan India, vegetarian dan bukan vegetarian.
Genting Dream akan berlabuh berdekatan bandar Melaka, yang menawarkan pemandangan indah landskap dan pantai.
Penumpang yang turun dari kapal boleh menikmati perjalanan singkat menaiki bot tender melalui Sungai Melaka ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).
Dari situ, penumpang hanya perlu berjalan sekitar 15 minit untuk ke beberapa daya tarikan Melaka yang berdekatan, seperti Jonker Street, dan membeli-belah.
Harga pelayaran bermula daripada $299 seorang bagi bilik ‘Interior Stateroom’ yang dikongsi dua orang.
Bagi pemegang kad DBS/POSB, terdapat diskaun tambahan sebanyak 5 peratus, menggunakan kod ‘DBS5’. Untuk tempahan, hubungi Dream Cruise di talian 800-8528188 atau klik https://bit.ly/4qIwU7W

