Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sertai perbincangan sastera, hargai karya seni

Nov 14, 2024 | 2:20 PM
Acara SeniKita 2024 merupakan pameran seni yang menampilkan hasil karya seni dari artis terkenal seperti  Abu Jalal Sarimon, Jeffrey Wandly, dan Idris Ali.
Acara SeniKita 2024 merupakan pameran seni yang menampilkan hasil karya seni dari artis terkenal seperti  Abu Jalal Sarimon, Jeffrey Wandly, dan Idris Ali. - Foto fail

Pameran SeniKita 2024 di Wisma Geylang Serai (WGS)

Pameran seni, SeniKita 2024, kembali lagi menawarkan pelbagai tarikan seni menarik untuk dinikmati seisi keluarga.

Acara ini bertujuan menghargai usaha dan pencapaian seniman melalui karya yang penuh makna.

Pengunjung berpeluang menikmati hasil seni daripada artis terkenal seperti Abu Jalal Sarimon, Jeffrey Wandly dan Idris Ali.

Tarikh: 15 November hingga 1 Disember

Masa: 10 pagi hingga 6 petang

Tempat: Kamal Arts Gallery, WGS

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kamal.sg/senikita.

Sesi bercerita di Kebun Bunga Singapura

Sesi bercerita, ‘Tales from the Nusantara’, mengajak pengunjung menyelami diri dalam kisah puteri bongsu yang terdampar di bumi dan berhadapan dengan cabaran hebat untuk kembali ke kayangannya.
Sesi bercerita, ‘Tales from the Nusantara’, mengajak pengunjung menyelami diri dalam kisah puteri bongsu yang terdampar di bumi dan berhadapan dengan cabaran hebat untuk kembali ke kayangannya. - Foto MHC

Teringin mendengar kisah tujuh puteri kayangan Filipina, Biraddali, dan pengalaman hidup dengan kuasa sihir ajaib mereka?

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi bercerita, Tales from the Nusantara, yang diadakan di Centre for Ethnobotany yang terletak di Kebun Bunga Singapura pada 18 November.

Sesi tersebut mengajak pengunjung menyelami kisah puteri bongsu yang terdampar di bumi dan berhadapan dengan cabaran hebat dalam usahanya untuk kembali ke dunia kayangannya.

Alami dunia ajaib ini bersama pencerita, Hafiz Rashid, daripada Taman Warisan Melayu (MHC).

Acara ini sesuai untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.

Tarikh: 18 November

Masa: 11 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tempat: Centre for Ethnobotany, Kebun Bunga Singapura

Harga tiket: $16 untuk setiap pasangan ibu bapa dan anak, $8 untuk setiap kanak-kanak atau dewasa tambahan

Tiket boleh ditempah di laman web https://tftnthecelestialprincess.peatix.com/.

Acara Muzikita di WGS

Acara Muzikita pada 16 November menampilkan persembahan penghormatan istimewa buat penyanyi veteran, Anita Sarawak.
Acara Muzikita pada 16 November menampilkan persembahan penghormatan istimewa buat penyanyi veteran, Anita Sarawak. - Foto INSTAGRAM WGS

Edisi Muzikita kali ini turut mempersembahkan penghormatan istimewa buat ikon dan penyanyi veteran, Anita Sarawak, pada 16 November.

Malam penuh nostalgia ini bakal menampilkan persembahan istimewa daripada D.A. Band, Alia Demelda Sharma dan Kirana Seni.

Tarikh: 16 November

Masa: 8 hingga 9 malam

Tempat: Persada Budaya, Tingkat 1, WGS

Pesta Penulis Singapura 2024

Penulis dan pendidik, Khairul Haque, merupakan antara panel sesi perbincangan ‘Taman Tuarang: Grounds in Drought’ pada 16 November, sempena acara tahunan Pesta Penulis Singapura (SWF) 2024.
Penulis dan pendidik, Khairul Haque, merupakan antara panel sesi perbincangan ‘Taman Tuarang: Grounds in Drought’ pada 16 November, sempena acara tahunan Pesta Penulis Singapura (SWF) 2024. - Foto fail
Aisyah Lyana ialah seorang penulis cerpen dan puisi di Singapura.
Aisyah Lyana ialah seorang penulis cerpen dan puisi di Singapura. - Foto fail

Acara tahunan Pesta Penulis Singapura (SWF) adalah satu-satunya pesta sastera yang meraikan keunikan karya penulisan Singapura dalam pelbagai bahasa dan genre.

Kembali dari 8 hingga 17 November ini, SWF 2024 menampilkan barisan penulis Melayu yang menarik.

Sertai perbincangan dunia sastera bersama penulis pelapis Melayu seperti Khairool Haque dan Aisyah Lyana, dalam program Taman Tuarang: Grounds in Drought.

Pengunjung juga berpeluang belajar menulis rangkap dan seni kata bersama penulis Wani Ardy dalam program Jenggala Rima: Forest of Rhymes.

Dengan pelbagai kegiatan sastera yang menanti, jangan lepaskan peluang untuk turut serta!

Pesta Penulis Singapura

Tarikh: 8 hingga 17 November

Program Taman Tuarang: Grounds in Drought

Tarikh: 16 November

Masa: 5.30 petang hingga 7 malam

Tempat: Screening Room di The Arts House

Program Jenggala Rima: Forest of Rhymes

Tarikh: 16 November

Masa: 1 tengah hari hingga 3 petang

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang senarai program SWF 2024 yang disediakan, lungsuri laman web https://www.singaporewritersfestival.com/swf-2024/programmes.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg