Topik diikuti
Pergi ke BHkuSesi bercerita, perkongsian tentang ekzema
Sesi bercerita, perkongsian tentang ekzema
Sesi bercerita, perkongsian tentang ekzema
Memahami masalah kulit ekzema menerusi sesi bercerita interaktif dan sesi perkongsian dengan doktor pakar.
Demikian yang dapat dijangkakan oleh ibu bapa dan anak kecil dalam program percuma, Emmy’s Eczema, yang akan diadakan pada 28 Jun.
Program mesra keluarga itu menggabungkan pembelajaran dan keseronokan melalui kisah seekor dinosaur ceria bernama Emmy yang mengalami ekzema.
Melalui pembacaan interaktif buku, Emmy’s Eczema, kanak-kanak dapat mengikuti pengalaman Emmy menghadapi hari-hari apabila kulitnya gatal dan menjawab pertanyaan rakan-rakannya.
Selepas sesi bercerita, kanak-kanak berpeluang menyertai kegiatan bertema manakala ibu bapa diundang mengikuti sesi perkongsian ringkas dipimpin doktor daripada pasukan dermatologi pediatrik di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).
Sesi itu akan dikendalikan oleh Konsultan di KKH, Dr Terri Chiong, yang mempunyai kepakaran dalam bidang pediatrik am dan dermatologi pediatrik.
Beliau berpengalaman merawat pelbagai masalah kulit kanak-kanak, termasuk ekzema ringan hingga teruk.
Dr Chiong berhasrat melengkapi penjaga dengan kemahiran mengurus kesihatan kulit anak, bagi memastikan kanak-kanak selesa.
Program itu sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak berusia satu hingga enam tahun.
Tarikh: 28 Jun
Masa: 11 pagi hingga 11.45 pagi
Lokasi: Perpustakaan Awam Central di bangunan Perpustakaan Negara
Program itu ditawarkan secara percuma tetapi pendaftaran awal diperlukan.
Pendaftaran boleh dibuat di pautan, https://bh.sg/NLB
