Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shah Rukh Khan dibenar pulang dari hospital susuli rebah kerana strok haba

May 23, 2024 | 6:32 PM
Selesai perlawanan kriket, Shah Rukh Khan tiba di Hotel Narmada, namun keadaannya semakin teruk pada keesokan hari sebelum dikejarkan ke hospital kerana strok haba dan dehidrasi.
Selesai perlawanan kriket, Shah Rukh Khan tiba di Hotel Narmada, namun keadaannya semakin teruk pada keesokan hari sebelum dikejarkan ke hospital kerana strok haba dan dehidrasi. - Foto AFP

Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59 tahun, yang dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi pada 21 Mei, sudah dibenarkan keluar, lapor laman India Today.

Sebelum ini, pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu berada Ahmedabad untuk menyaksikan perlawanan kriket, Liga Perdana India (IPL) membabitkan pasukan Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad (SRH) sambil ditemani anaknya, Suhana dan Abram.

Selesai perlawanan, Shah Rukh Khan tiba di Hotel Narmada, namun keadaannya semakin teruk pada keesokan hari sebelum dikejarkan ke hospital.

Shah Rukh diserang strok haba dan dehidrasi berikutan cuaca panas melampau di Ahmedabad apabila dilaporkan suhu menecah 45.2 darjah Celcius dan 45.9 darjah Celcius pada keesokannya.

Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, Shah Rukh dilaporkan sudah dibenarkan keluar dari hospital dan keadaannya kini stabil, selain dinasihati untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Sejak beberapa tahun lalu, Shah Rukh pernah mengalami masalah kesihatan lain seperti kecederaan bahu dan retak di bahagian tulang ketika menjalani penggambaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg