Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Shahid Kapoor: Filem cinta Bollywood kian segar dengan AI

Feb 08, 2024 | 07:14 PM



Penampilan wira filem cinta Bollywood sudah banyak berubah dari zaman dahulu hingga kini.

Namun, yang pasti filem cinta di layar perak tetap menarik perhatian ramai dan berpotensi ‘meletup’ jika ia mengimbangi visual dan muzik yang disajikan pada skala yang disenangi penonton.

Demikian pandangan pelakon Shahid Kapoor, 42 tahun, kepada laman Rediff.com, merujuk pada filem terkininya, Teri Baaton Mein Aisa Ulha Jiya, yang disifatkan sebagai filem komedi romantis yang unik di sekitar percintaan seorang jejaka biasa dan robot kecerdasan buatan (AI) mirip wanita cantik, watak yang dilakonkan Kriti Sanon.


“Saya seronok menonton filem cinta di layar perak dan menghadam lagu cinta yang disajikan.

“Saya teringat kali pertama saya menonton klip video, Shava Shava (daripada filem Kabhi Khushi Kabhie Gham) di pawagam atau menonton Aati Kya Khandala (daripada filem Ghulam) di layar perak.


“Wujud semacam magis tetapi lagu itu harus memiliki nilai tertentu.

“Visualnya harus mendorong penonton ingin bersiul atau bertepuk tangan. Tapi tak semestinya sepanjang 365 hari atau setahun, kita harus ketengahkan filem cinta. Ia hanya genre musiman,” kata Shahid.

Sejak beberapa bulan lalu, filem Bollywood yang disajikan merupakan filem aksi berbajet besar lantas mengehadkan ruang untuk genre lain diketengahkan.

Shahid menjelaskan daripada pengamatannya, beliau dapat melihat wujud peralihan genre pada masa pandemik Covid-19 sehingga filem dengan jalan cerita romantis mula berkurangan di pawagam.

Selepas pandemik, hanya filem berbajet besar yang memenuhi pawagam.

“Seorang pelakon harus bertanya kepada dirinya apakah berbaloi penonton datang menyaksikan lakonannya?

“Anda memerlukan beberapa genre filem tetapi anda juga memerlukan filem yang baik dalam genre berbeza yang akan membuatkan penonton tertarik berkunjung ke pawagam.

“Bayangkan hanya ada perisa vanila sahaja tetapi tiada perisa lain di sesebuah kedai. Jadi buat apa? Kita tinggal dalam keterbatasan, baik sebagai pelakon atau penonton,” tambah Shahid.

Baginya, Teri Baaton Mein Aisa Ulha Jiya, mempunyai jalan cerita yang relevan dengan tuntutan masa kini yang membincangkan mengenai AI dan kesannya pada kehidupan seharian.


Menurut Shahid, pasukannya berbincang secara mendalam mengenai cara menyampaikan gagasan filem itu agar mudah dihadam.

“Kita cuba membawa idea baru menerusi watak robot dan kemudian kita usahakan pula topik AI. Kita sudah lihat AI memainkan peranan besar dalam perkembangan digital filem Bollywood.

“Boleh dikatakan hampir 80 peratus filem Bollywood yang berjaya di layar perak mempunyai unsur kesan khas visual dan AI berbanding lakonan sebenar,” ujarnya.

Baginya, tidak salah menggunakan teknologi simulasi yang kelihatan seperti alam realiti.

“Tengok Avatar. Semuanya dunia maya simulasi tetapi ia terasa benar-benar seperti alam realiti.


“AI sudah memasuki dunia manusia. Maka tidak salah memperkenalkannya dalam filem ini dengan teknologi baru ini begitu dekat dengan kehidupan manusia.

“Kita memanfaatkan topik AI secara menghiburkan dan menyeronokkan,” katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >