Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sherry Ibrahim tawan Gunung Kinabalu walau akhirnya ‘jalan macam ketam’

Jul 9, 2024 | 2:10 PM
Gunung Kinabalu
Pelakon, Sherry Ibrahim, bersyukur dapat sampai ke puncak Gunung Kinabalu di Sabah pada 7 Julai. - Foto INSTAGRAM SHERRY IBRAHIM

Pelakon, Sherry Ibrahim, berkongsi kebanggaan dan kegembiraannya apabila dapat menakluki puncak Gunung Kinabalu di Sabah pada 7 Julai.

Perkongsian itu dimuat naik Sherry, 41 tahun, di wadah media sosialnya dan turut disertakan beberapa gambarnya ketika berada di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

“Syukur Alhamdulillah, Sherry baik-baik saja dan Sherry berjaya. 6 pagi, Gunung Kinabalu 4095.2 meter. Sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan.

“Dua hari satu malam. Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia adalah ujian ketahanan, tekad dan ketabahan, mendorong saya melebihi had saya secara fizikal dan mental,” tulisnya.

Menurut Sherry yang pernah berlakon dalam drama, Syurga Yang Kedua, ia bukan sekadar pendakian, bahkan ruang pertemuan dengan kawan-kawan baru yang menjadi pendorong semangat.

“Berjumpa dengan kawan-kawan baru yang semuanya kuat dan hebat. Akhirnya, bukan gunung yang kita tawan tetapi diri kita sendiri, sudah tentu dengan kehendak Allah.

“Pertama dan terakhir kali ke Kinabalu. Saya tak rasa kaki saya lagi dalam perjalanan turun, jalan macam ketam!” tulisnya berseloroh.

Mungkin kalau difikirkan betapa beratnya pendakian dan penurunan Gunung Kinabalu, rasa serik singgah ke hati.

Tapi tak apalah memandangkan Sherry sudah pun mencubanya buat kali pertama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg