Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Shila Amzah ‘patah seribu’, prestasi dalam peraduan realiti terjejas

Payah beri tumpuan dalam ‘Famili Duo’
susulan rentetan masalah keluarga
Nov 02, 2023 | 01:37 PM



Penyanyi Shila Amzah mengakui sudah lelah dengan situasi yang perlu dihadapi saat ini.

Akibat terlalu keletihan untuk berdepan dengan perkara yang membuatkan mentalnya kusut, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33 tahun, mula terfikir mengenai keputusan memilih dunia seni sebagai kerjayanya.

“Saya sudah ‘burnout’ (kehabisan tenaga). Saya tak pasti jika saya sudah buat keputusan yang tepat berhubung kerjaya saya.


“Sejak kebelakangan ini, saya kini lebih banyak mempersoalkan kepada diri saya apa lagi nak buat. Saya tak tahu macam mana nak betulkan,” tulisnya di dalam Instagram Story.

Shila membuat luahan itu selepas menjawab soalan daripada pengikutnya yang memberikan kata-kata semangat untuk penyanyi Patah Seribu itu bangkit seperti sebelum ini.


Bagaimanapun, Shila tidak memberi perincian tentang situasi sebenar apa yang sedang dialami ketika ini.

Dalam pada itu, warganet pula membuat andaian bahawa Shila, ibu seorang anak lelaki, mengalami masalah prestasi persembahan yang merosot secara mendadak dalam peraduan realiti, Famili Duo (Musim Ketiga), gara-gara tertekan.


Terdahulu, persembahan Shila dan adiknya Amir Syahir berada di tangga tercorot apabila memperoleh markah hanya 42.5 peratus selain mendapat teguran daripada pihak juri.

Ramai yang menganggap Shila mula hilang tumpuan disebabkan isu keluarganya yang dikatakan masih belum selesai.

Sebelum ini, prestasi pasangan adik-beradik itu menggalakkan dan dinanti-nanti penonton dan juri.

Bagaimanapun, selepas dua kali menjadi naib juara mingguan, mereka langsung ke tangga tercorot pada minggu ketiga.

Pembawaan Syahir dikatakan tidak memberi hasil atau penjiwaan yang setaraf dengan kakaknya.

Menurut Ajai, Syahir sepatutnya menonjolkan dirinya dengan lebih menjiwai setiap persembahan.

Dalam pada itu, beberapa perancangan awal Shila, pemenang peraduan realiti di Shanghai, China, Asian Wave, untuk menebarkan sayap ke China tidak menjadi nyata sebab ia terjejas oleh beberapa faktor daripada pandemik Covid-19 hinggalah perkahwinannya bersama dengan pempengaruh sosial dan penjana kandungan Astro, Ubai.


“Kalau saya ke China, apa jadi pada perkahwinan saya bersama Ubai? Saya berat meneruskan hubungan jarak jauh dengannya walaupun awalnya terbuka berbuat demikian. Kalau saya ajak Ubai ke China, ia sesuatu yang tidak adil untuknya,” kongsi Shila.

“Saya mahu dia bangun kerjayanya sebab dia masih muda. Saya mahu dia mencari sesuatu yang terbaik buatnya. Dari situ, dia boleh kembangkan kerjayanya dan berjaya,” jelas Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25 tahun.

Ubai pula tidak menghalang kerjaya isterinya dan mahu Shila bahagia melakukan apa sahaja yang menggembirakannya.

“Shila tidak pernah menghalang kerjaya saya. Justeru, mengapa saya harus kekang kerjanya?” ujar Ubai.

Pasangan yang bernikah pada 5 Ogos lalu di The Boathouse Ampang mengharungi banyak ujian sepanjang perkenalan mereka.

Ia bermula daripada pemergian ibu dan adik Ubai serta masalah keluarga Shila yang titik tolaknya bermula dengan pernikahan kedua bapanya, pelakon dan penyanyi ND Lala dengan teman sekolah Shila.

Kemudian, timbul pula isu banglo keluarga yang ingin Shila jual serta masalah komunikasi bersama ibu dan adik-adiknya sehingga ibunya Fauziah Sarman mengeluarkan kenyataan tidak ada kena-mengena dengan Shila. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >