Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shila Amzah usaha perbaiki hubungan keluarga

Mar 19, 2025 | 2:07 PM
Walaupun sudah berlapang dada menerima takdir ibu dan bapanya kini bahagia dengan haluan masing-masing, Shila bagaimanapun masih terkejut dengan pilihan baru bapanya.
Walaupun sudah berlapang dada menerima takdir ibu dan bapanya kini bahagia dengan haluan masing-masing, Shila bagaimanapun masih terkejut dengan pilihan baru bapanya. - Foto INSTAGRAM SHILA AMZAH

Penyanyi Shila Amzah memerlukan masa dan ruang untuk menerima kehadiran ibu tiri di dalam hidupnya memandangkan wanita itu pernah menjadi sahabat suatu ketika dahulu.

Shila, atau Nurshahila Amir Amzah, 35 tahun, bagaimanapun memberitahu perkara itu sama sekali tidak menjejaskan hubungan baik bersama ayahnya, yang juga merupakan penyanyi, Datuk ND Lala.

“Kami (Shila dan ibu tiri) belum pernah berhubung dan saya tak bersedia lagi. Kalau dengan ayah sudah tentu berhubung, beliau pun selalu hubungi saya.

“Hubungan anak beranak pergi ke mana pun tidak akan putus, kerana ia tidak melibatkan sesuatu perkara yang teruk sehingga membuatkan tidak boleh kembali bersama keluarga.

“Saya dan ayah pun ada berbuka puasa bersama pada hujung minggu lalu,” jelas Shila.

Berlapang dada menerima takdir ibu dan bapanya kini bahagia dengan haluan masing-masing, Shila bagaimanapun masih terkejut dengan pilihan baru bapanya, lapor Sinar Harian.

“Sejujurnya saya okey sebab cinta itu tidak boleh dipaksa, kalau ibu bapa tidak bahagia kenapa perlu paksa demi anak-anak.

“Biarlah masing-masing cari bahagia mereka. Cuma pada saya terkejut dengan siapa pilihannya. Itulah suratan dan takdirnya,” luahnya.

Dalam pada itu, Shila memberitahu beliau mempunyai banyak momen bersama ibu tirinya selepas melihat foto kenangan mereka bersama.

Katanya, beliau menyedari perkara itu apabila mencari foto kenangan ketika berada di China dalam galeri album telefon bimbitnya.

“Gambar beliau masih ada sebab terlalu banyak, saya ada lebih 50,000 gambar. Saya nak cari gambar saya di China dan ternampak gambar dengannya,” luahnya.

Sebelum ini, kecoh khabar angin mendakwa ND Lala, atau Datuk Amir Amzah Salleh, 63 tahun, sudah berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada usianya.

Malah, individu itu dipercayai merupakan sahabat Shila sejak di bangku sekolah.

ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah Sarman pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata lain selain Shila, iaitu Amir Syafiq, 32 tahun, Amir Syahir, 30 tahun, dan Nur Syuhada, 27 tahun.

ND Lala dan Fauziah kemudiannya sah bercerai pada 2 Ogos 2023 menerusi lafaz melalui rakaman suara di WhatsApp.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg