Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shila diserang keresahan ketika hamil

Mar 18, 2024 | 5:30 AM
Shila Amzah kini dalam fasa trimester kedua kehamilan.
Shila Amzah kini dalam fasa trimester kedua kehamilan. - Foto INSTAGRAM SHAHILAAMZAH

KUALA LUMPUR: Selama ini, penyanyi Shila Amzah tidak pernah membuka mulut mengenai penyakit keresahan melampau atau ‘anxiety’ yang dihadapi.

Namun, Shila mendedahkan dalam Instagram tidak dapat tidur nyenyak selama empat hari disebabkan penyakit kebimbangan kembali menyerang sejak berbadan dua.

Bertemu dengan penyanyi lagu, Patah Seribu itu, baru-baru ini, Shila yang kini dalam fasa trimester kedua kehamilan memberitahu, penyakit tersebut sudah lama dialami, tetapi tidak pernah dikongsi bersama umum.

Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata kegelisahan yang dialami akibat kesan trauma masa lalu bukan pada tahap ringan, sebaliknya perlu bergantung pada ubat-ubatan.

“Saya sudah tahap berjumpa dengan pakar psikiatrik, cuma memilih untuk tidak mendedahkannya.

“Saya juga pernah bergantung kepada ubat, tetapi berhenti mengambilnya selepas semakin pulih.

“Namun, sejak mengandung mungkin kerana faktor perubahan hormon, masalah kegelisahan kembali menyerang.

“Fasa paling genting ketika berada dalam program, Famili Duo. Mungkin kerana hormon tak stabil dan berdebar nak bertanding setiap minggu,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.

Menurut Shila lagi, beliau memilih untuk tidak mendedahkan mengenai penyakit yang dialami kerana stigma berbeza masyarakat.

Katanya, beliau mulanya menyangka kegelisahan yang dialami hanyalah masalah biasa, tetapi tidak menyangka ia menjadi semakin teruk.

“Mulanya saya tak boleh tidur, kemudian ‘mood’ jadi tak menentu. Masalah kecil pun saya rasa macam besar. Saya tak nak keluar rumah dan kalau boleh, tak nak jumpa orang langsung.

“Tapi, saya terpaksa juga keluar sebab perlu bekerja. Saya bersyukur memiliki suami yang memahami.

“Kalau dulu saya terpaksa hadapi semua ini sendirian, kini suami jadi ‘mangsa’ terpaksa menghadap dan melayan masalah saya,” katanya.

Shila mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25 tahun, pada Ogos 2023.

Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg