Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shila Amzah tidak mahu masuk campur hal cerai ibu bapa

Oct 2, 2023 | 4:43 PM
TIDAK KISAH: Situasi kecoh rumah tangga ibu bapa Shila Amzah, tidak pernah mengganggunya.
TIDAK KISAH: Situasi kecoh rumah tangga ibu bapa Shila Amzah, tidak pernah mengganggunya. - Foto fail

Penyanyi Malaysia, Shila Amzah, enggan masuk campur atau menyebelahi mana-mana pihak berhubung kemelut yang melanda rumah tangga ibu dan bapanya.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, 33 tahun, berkata keputusan untuk berpisah adalah pilihan ibu bapanya dan sebagai anak, hanya kebahagiaan mampu didoakan.

Datin Fauziah Sarman mengesahkan bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, Fauziah memberitahu bahawa lafaz cerai telah dilakukan suaminya pada 2 Ogos di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos.

“Saya bersikap neutral dan tidak berpihak kepada sesiapa. Apa yang berlaku antara mereka, saya tak nak masuk campur.

“Saya hanya mahu mereka gembira sahaja. Anak-anak pun dah besar. Semua ada kehidupan masing-masing.

“Tidak timbul isu anak nak ikut siapa selepas ibu bapa bercerai,” kata Shila pada sidang media musim ketiga Famili Duo (FD3) pada Sabtu.

Mengenai pendirian untuk mengunci mulut ketika isu rumah tangga orang tuanya menjadi perbualan hangat warganet, penyanyi Tiada Dirimu ini memaklumkan tiada sebarang keperluan untuk beliau memberi kenyataan.

“Saya tidak membuat kenyataan kerana perkara ini tidak pernah ganggu saya.

“Sekarang ini, saya nak hidup tenang sahaja. Sebab itulah saya biarkan sahaja... Biar merekalah,” katanya.

Shila telah diminta untuk mengulas mengenai hubungannya dengan bapanya, ND Lala selepas bercerai dengan isteri pertama, Fauziah Sarman pada Ogos lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg