Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Shukri Yahaya minta maaf dek adegan didakwa ‘seksual’

Jan 23, 2024 | 03:33 PM



Awalnya, pelakon Shukri Yahaya, tidak menjangkakan apa yang dilakukan dalam drama Layang-Layang Perkahwinan, akan menimbulkan masalah.


Akhirnya, beliau dengan penuh kerendahan hati meminta maaf berhubung dengan babak yang didakwa berunsur separuh lucah bersama gandingannya, Alya Iman.

Babak itu membabitkan wataknya sebagai Azim Asibullah yang sedang mandi tetapi didatangi watak Alya, Tsuraya Lin. Shukri yang tidak berbaju kemudian menarik tangan Alya yang tersenyum menggoda untuk masuk ke dalam bilik mandi.

Mengulas lanjut, Shukri atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Yahaya, dalam laporan Berita Harian Malaysia (BHM) mengakui kekhilafan diri dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang.


“Saya minta maaf sebab apa yang terjadi datangnya daripada kesilapan saya sendiri.

“Babak ini sebenarnya dirakamkan pada hari pertama memulakan penggambaran. Saya sangat teruja melakonkan babak ini tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.

“Selepas selesai penggambaran barulah terdetik rasa bersalah. Saya akan pastikan perkara ini tidak akan berulang pada masa hadapan,” katanya lagi.

Semua ini dikatakan berlaku kerana dirinya yang tidak suka membaca skrip terlebih dahulu dan lebih selesa membuat interpretasi mengenai wataknya pada hari penggambaran.

“Terus terang, saya memang tak suka baca skrip dan sejenis bila berada di set penggambaran barulah buat interpretasi berdasarkan skrip.

“Pada awalnya, saya bayangkan babak ini sedikit sahaja. Lagipun, babak ini dilakonkan pada hari pertama penggambaran dan saya terlampau bersungguh-sungguh untuk jayakan watak,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas perasaan isterinya Tya Adnan mengenai babak tersebut, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu tidak menolak ia memberi kesan kepada isterinya.


“Bukan tak hormati perasaan isteri. Dia juga bukanlah okey dengan babak ini, tapi ambil pendekatan tidak menonton drama berkenaan.

“Sebelum itu, saya sudah beritahu Tya mengenai babak ini. Jadi, saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan di Restoran Rebung.


Mengulas dakwaan dibenci warganet kerana melakonkan babak berkenaan, Shukri berharap peminat tidak terus beremosi kerana dirinya hanya mahu mempelbagaikan karakter.

“Saya nak cuba nampak lain sebab sebelum ini, saya selalu bawa watak lelaki lurus bendul.

“Jadi, saya nak buktikan boleh bawa watak ini, namun percubaan saya tidak diterima orang ramai. Ini kerana ia agak sensitif,” luahnya.

Memang banyak hati yang perlu Shukri jaga, baik isteri atau peminat. Sebabnya, kalau nak difikirkan, tak perlu buat aksi ‘menggoda’ atau manja melampau yang boleh dianggap lucah dalam drama hanya untuk memaparkan perasaan cinta suami isteri.

Ikut contoh gandingan Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli dalam drama Sabarlah Duhai Hati dan Seindah Takdir Cinta.


Mereka tidak bersentuhan pun dan berhati-hati menjaga batas sebagai suami dan isteri orang di luar set. Namun, kerana pandai bawa emosi, tetap terasa manisnya hubungan watak kekasih atau suami isteri yang mereka bawa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >