Pengguna Berdaftar
Aliff, Hady masuk gelanggang All Stars Gegar Vaganza
Seramai 10 juara dan lima finalis peraduan realiti Astro bersaing vokal dan kreativiti pentas mulai 24 September
Aug 31, 2023 | 5:30 AM
ALIFF AZIZ: Hargai pengalaman di ‘Gegar Vaganza 8’ yang membangkitkan semula kerjaya seninya setelah pelbagai ujian hidup melanda dan beliau menganggap GV sebagai pentas memburu ilmu. - Foto ASTRO
Apabila anda menyangka penyanyi veteran yang tergolong dalam kategori ‘otai’ yang sudah lama menyepikan diri bakal tampil dalam edisi ke-10 peraduan realiti ‘Gegar Vaganza’ (GV), anda dikejutkan dengan berita 10 pemegang gelaran juara selama sembilan musim pula yang dipelawa masuk gelanggang pertandingan.
Mereka yang memiliki suara emas ini termasuk dua peserta asal Singapura, juara GV6, Hady Mirza dan juara GV8, Aliff Aziz. Peserta lain yang bukan calang-calang adalah Ayai, Siti Nordiana, Azharina Azhar, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu, Cliff Umar dan Jaclyn Victor.
Laporan berkaitan
‘Gegar Vaganza Roadshow’ rai sedekad program realiti popularAug 11, 2023 | 11:06 AM
‘Kembalilah’ rai cinta, harapan Jaclyn Victor Jun 30, 2023 | 10:34 AM

