Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sila ‘clapback’ kalau ada yang kecam tapi elak ‘glaze’ berlebihan

Jun 18, 2024 | 12:26 AM
Pelajari pengertian ‘clapback’ dan ‘glaze’.
Pelajari pengertian ‘clapback’ dan ‘glaze’. - GRAFIK OLEH IFFAH QISTINA

Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini?

Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.

Kali ini, mereka menjelaskan penggunaan istilah ‘clapback’ dan ‘glaze’.

Perkataan: [clap-back]; kata kerja

Contoh: “Indra selalu dipersenda teman-temannya hinggalah suatu ketika dia clapback sampaikan seisi gelanggang sukan terdiam.”

Slanga clapback bermaksud memberi respons tangkas persis lawak bijak untuk menyindir dan mengecam orang yang menyakiti hati.

Perkataan ini sebenarnya dipetik daripada lagu lama, Clap Back, yang diterbitkan pada 2003 oleh ‘rapper’ Ja Rule.

Ia adalah lagu untuk ‘menghentam’ semula ‘rapper’ 50 Cent dan Eminem.

Ja Rule dan krunya akan mengembalikan paku buah keras buat sesiapa yang menentangnya.

Perkataan: [glaze]; kata kerja

Contoh: ”Jangan asyik glaze si Siti tu sampai meluat aku dengar. Nanti dia besar kepala!”

Perkataan glaze bermaksud terlebih memuji seseorang sehingga ia menjadi membingitkan orang sekeliling yang mendengar.

Pada awalnya, perkataan ‘glaze’ ini tercetus di wadah media sosial atau pesanan segera Discord yang membolehkan pengguna berhubung melalui kiriman teks, pertukaran fail atau panggilan video pada lewat 2021.

Ia kemudian menjadi popular di khidmat penstriman video langsung, Twitch, sebelum digunakan di YouTube, Twitter dan TikTok pada 2023.

Kadangkala ia digunakan untuk menjelaskan sikap orang yang suka mengampu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg