Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siti bengang kulit album dihina, dikata punya masalah mental

Jun 28, 2023 | 11:40 AM
BINGIT KERANA DIPERSENDA: Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil keputusan mendedahkan akaun dua warganet yang merendahkan kulit album terbarunya ‘’Sitism’.
BINGIT KERANA DIPERSENDA: Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil keputusan mendedahkan akaun dua warganet yang merendahkan kulit album terbarunya ‘’Sitism’. - Foto UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Bengang dengan kecaman dua individu yang didakwa mempersendakan kulit album terbarunya yang berjudul Sitism, penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, bertindak mendedahkan nama akaun dua individu itu dalam Instagram (IG) story miliknya pada Selasa.

Menerusi hantaran yang sama, Siti turut ‘tag’ akaun IG rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membuat siasatan bagi memberi pengajaran kepada pemilik dua akaun berkenaan.

“Cantiknya bahasa puan ini @kakwanlebor @bonda_putehkundor

“Kita bagi @skmm_mcmc check kejap,” tulis Siti.

Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan berdasarkan perkongsian penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu, beliau menyertakan komen negatif yang dilemparkan dua pelayar akaun berkenaan yang didakwa tidak senang dengan imej digayakan Siti seperti yang dipaparkannya dalam kulit album itu.

Menerusi ruangan komen yang sama, mereka memperlekehkan konsep futuristik yang Siti ketengahkan dan menyifatkannya sebagai tidak sesuai dengan kedudukan Siti sebagai penyanyi mapan.

Bukan sahaja membuat kritikan secara terbuka, malah dua individu itu turut mengeluarkan komen berbaur penghinaan apabila mengatakan Siti seperti seseorang yang mempunyai masalah mental apabila mengenakan ketopong atau ‘headgear’ sebegitu.

Sejak beberapa hari lalu, pemenang trofi Anugerah Seri Perak Anugerah Bintang Popular BH 2012 itu dilihat kerap memuat naik hantaran mengenai album baru yang menemui peminat pada 30 Jun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg