Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sketsa muzikal ‘Rock Santai’ rai rok watan

Oct 27, 2023 | 09:11 AM



Konsert rok, Rock Santai, mengajak semua peminat muzik bersantai sambil menikmati persembahan oleh barisan artis ternama Singapura seperti Ryzall Noh, Iskandar Ismail, Fuad Rahman, Rahila Rashun serta penampilan istimewa, Papa Rok, Ramli Sarip.


Keistimewaan konsert pada 28 Oktober 8 malam di The Star Gallery (Tingkat 3, Pusat Seni Persembahan The Star), 1 Vista Exchange Green, ini ialah ia disajikan dalam bentuk penceritaan sketsa muzikal yang diilhamkan oleh pelakon dan pengarah, Khairudin Samsudin, bersama ‘orang kuat’ konsert, penyanyi Ryzall Noh.

Gabungan penceritaan, lakonan dan persembahan lagu ‘live’ akan menyemarakkan lagi konsert itu selain memberi nafas baru pada takrifan muzik rok yang ramai sudah sedia maklum.

Bertujuan menarik minat anak muda dalam menceburi bidang muzik, terutama muzik rok, Ryzall selaku penerbit berkata:

“Kami ingin beri harapan kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini. Dalam persembahan ini, penonton akan dibawa mendekati kehidupan tiga remaja yang sedang berjuang demi cinta mereka terhadap muzik.”

Menurutnya lagi, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu malar segar dari zaman 1980-an hingga ke 1990-an.

Sebanyak 60 peratus lagu yang dimainkan adalah lagu tanah air manakala 40 peratus pula merupakan lagu-lagu popular serantau dan juga dalam bahasa Inggeris.

Namun, persembahannya ialah 100 peratus daripada artis tempatan.

Konsert yang dianjurkan oleh Filloz Events disokong oleh Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass).

Penyanyi terkenal, Imran Ajmain, bertindak selaku penasihat yang mewakili Compass.

Persembahan itu juga akan menampilkan Addy Cradle dan Aliff Putra sebagai ketua pemuzik.

Selain konsert pada Sabtu malam, para penonton juga boleh mengunjungi pasar lambak di situ untuk memberi sokongan kepada perniagaan dari rumah (HBB) yang akan menjual produk mereka dari 11 pagi hingga 7 malam.

Selain penjual, persembahan daripada seniman jalanan seperti Chico Salleh, Izam Dan, Alun & Nora serta ‘busker’ Malaysia, Ikhmal Hakimie, juga akan menghiburkan pengunjung.

Tiada bayaran dikenakan untuk sesi ‘busking’ atau hiburan jalanan di Timbre Deck, berdekatan The Star Gallery.

Tiket bagi persembahan Rock Santai selama dua setengah jam berharga $155 dan boleh diperolehi di laman web https://www.thestar.sg/event/rock-santai/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >