Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Skrin berlipat ubah pengalaman guna telefon bijak

Nov 08, 2023 | 04:35 PM



Telefon bijak dengan skrin yang boleh dilipat kian memasuki pasaran sekali gus mengubah cara pengguna berinteraksi dengan teknologi mudah alih. 

Perkembangan skrin berlipat juga memberi gambaran tentang keupayaan sistem antara muka (UI) dan pengalaman pengguna mudah alih pada masa depan.

Perangkaan firma penyelidikan TrendForce menunjukkan menjelang 2023, pembekalan telefon bijak skrin lipat dijangka melonjak kepada 18.3 juta unit, menandakan lonjakan 43 peratus dari tahun ke tahun. 

Beberapa pengeluar telefon terkemuka seperti Samsung, Google, Motorola dan Oppo sedang bersaing memperkenalkan model baru telefon dengan skrin berlipat. 

Daya tarikan telefon bijak skrin berlipat terletak pada serba bolehnya. Ia menawarkan pengalaman saiz skrin yang boleh digandakan. Ini bermakna pengguna mempunyai lebih banyak ruang untuk melakukan pelbagai tugas, membaca kandungan atau menonton berbilang video.

Salah satu teknologi utama yang mewujudkan telefon skrin berlipat ialah bahan paparan yang lebih fleksibel. 

Sebelum ini, skrin lazimnya dibuat daripada bahan keras dan mudah pecah. Pengeluar kini berupaya menghasilkan paparan yang diperbuat daripada bahan fleksibel yang boleh dilipat. 

Samsung misalnya telah memperhalusi proses membuat Ultra Thin Glass (UTG) atau bahan yang boleh dilipat ratusan ribu kali tetapi tetap mengekalkan ketahanan dan kekuatannya.


Pada Ogos lalu, Samsung telah melancarkan beberapa model telefon skrin berlipat seperti Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5.


Syarikat China, Oppo, tidak lama kemudian memperkenalkan Find N3 dan Find N3 Flip, barisan telefon bijak terbarunya dengan skrin berlipat.


Ketua Oppo bagi barisan produk Find, Encik Peter Lee, berkata terdapat komponen penting lain yang mewujudkan skrin telefon yang boleh dilipat.


Selain bahan yang melindungi skrin, panel sokongan seperti lapisan keluli tahan karat, lapisan gentian karbon serta pelekat skrin juga memainkan peranan, tambahnya.

“Tidak kurang penting ialah engsel telefon yang memastikan ketahanan apabila ia dilipat. Hanya apabila semua komponen penting ini berfungsi dengan sempurna bersama-sama, kita boleh mereka bentuk telefon berlipat yang boleh digunakan pengguna dengan yakin,” kata Encik Lee.

Sebagai contoh, telefon Find N3 dibuat daripada lapisan gentian karbon yang bukan sahaja lebih ringan tetapi juga dua kali lebih kuat daripada bahan generasi sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >