Skyscanner lancar ciri ‘perancang destinasi termurah’ bantu pelancong berjimat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Skyscanner lancar ciri ‘perancang destinasi termurah’ bantu pelancong berjimat

Jan 20, 2026 | 2:06 PM

Skyscanner lancar ciri ‘perancang destinasi termurah’ bantu pelancong berjimat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
cuti murah, skyscanner, destinasi, 2026
Ciri baru Perancang Destinasi Termurah di bawah Skyscanner. - Foto TANGKAP LAYAR LAMAN WEB SKYSCANNER

Bagi memudahkan perancangan dan membantu pelancong memilih destinasi mesra bajet, wadah tempahan perjalanan global, Skyscanner, kini memperkenalkan ciri baharu: Perancang Destinasi Termurah (Cheapest Destination Planner).

Pengguna hanya perlu menetapkan bulan perjalanan ke luar negara, dan alat ini akan menyenaraikan 10 destinasi paling menjimatkan dari lokasi berlepas pilihan. Maklumat lain yang turut tersedia termasuk harga tiket penerbangan ulang-alik, tarikh berlepas yang paling murah, serta daya tarikan utama setiap destinasi.

Setelah membuat keputusan, dengan hanya satu klik, pengguna akan dibawa ke halaman untuk meneroka pelbagai pilihan penerbangan dan hotel di destinasi yang dipilih.

Pembangunan ciri ini adalah susulan tinjauan di beberapa pasaran, termasuk Singapura, yang mendapati bahawa isu kos adalah halangan terbesar bagi pengunjung ketika menempah tiket.

Pakar trend perjalanan dan destinasi Skyscanner, Cik Cyndi Hui, mendedahkan bahawa kos adalah faktor utama yang difikirkan oleh 69 peratus pengunjung yang ditinjau.

Ciri terbaru ini, jelas beliau, direka untuk menghilangkan kerisauan dalam merancang percutian, lantas membantu pengunjung memanfaatkan wang mereka dengan lebih berkesan tahun ini.

Sebagai contoh, carian pada 20 Januari untuk bulan Februari menunjukkan Kuala Lumpur adalah penerbangan paling murah dari Singapura, dengan harga serendah $161 bagi tiket ulang-alik, dengan Isnin sebagai tarikh berlepas paling jimat.

Ini diikuti oleh Ipoh dengan tambang sekitar $162, dan Ahad pula adalah hari paling sesuai untuk berlepas.

Skyscanner turut mendedahkan bahawa sepanjang tahun 2026, Ahad adalah hari yang paling murah untuk menaiki penerbangan. – NUR HUMAIRA SAJAT

Berikut 10 destinasi paling murah berdasarkan carian Skyscanner untuk tahun 2026:

  • Phuket, Thailand Harga purata bagi tiket ulang alik: $236
  • Manila, Filipina Harga purata bagi tiket ulang alik: $240
  • Bali, Indonesia Harga purata bagi tiket ulang alik: $247
  • Phu Quoc, Vietnam Harga purata bagi tiket ulang alik: $324
  • Kuching, Malaysia Harga purata bagi tiket ulang alik: $349
  • Taipei, Taiwan Harga purata bagi tiket ulang alik: $408
  • Xiamen, China Harga purata bagi tiket ulang alik: $437
  • Chongqing, China Harga purata bagi tiket ulang alik: $474
  • Perth, Australia Harga purata bagi tiket ulang alik: $503
  • Harbin, China Harga purata bagi tiket ulang alik: $517
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg