Dalam dunia kecantikan dan penjagaan kulit yang sentiasa menjadi minat kaum wanita, kisah Cik Harnie Hamid, seorang usahawan Singapura berusia 49 tahun dan pengasas Harnies Beauty, wajar menjadi inspirasi kepada ramai usahawan tempatan.

Daripada menjalankan spa wajah yang berjaya hingga melancarkan rangkaian produk kecantikan halal sendiri, perjalanan Cik Harnie adalah bukti ketahanan, semangat, dan inovasi.