Serum adalah salah satu komponen penting dalam rutin penjagaan kulit siang dan malam.
Serum dikenal sebagai produk penjagaan kulit yang memiliki kepekatan bahan aktif yang tinggi, berfungsi untuk menangani pelbagai masalah kulit.
Namun, tidak semua produk sesuai untuk semua orang.
Berikut adalah beberapa tanda yang perlu anda perhatikan. Ia mungkin petanda serum yang digunakan tidak sesuai dengan kulit anda, berdasarkan penjelasan dari laman web, Skin Therapy oleh Institut Dermatologi dan Kosmetik Lanjutan di Amerika Syarikat.
Salah satu tanda paling umum adalah gangguan kulit yang berlebihan selepas menggunakan serum.
Anda mungkin berasa terbakar, kemerahan, bahkan timbul ruam selepas mengoles serum.
Ini boleh menjadi petanda kulit tidak sesuai dengan salah satu bahan aktif dalam serum tersebut.
Beberapa bahan yang kerap menyebabkan gangguan pada kulit sensitif adalah retinol, asid salisilat, dan beberapa jenis vitamin C.
Jika anda mengalami gangguan teruk, sebaiknya segera hentikan penggunaan serum dan rujuk kepada pakar dermatologi.
Jerawat yang muncul selepas penggunaan serum boleh menjadi tanda produk tersebut tidak sesuai dengan jenis kulit anda.
Beberapa bahan dalam serum, seperti minyak mineral atau comedogenic (yang boleh menyumbat pori-pori), boleh menyebabkan kemunculan jerawat atau keradangan kulit.
Salah satu manfaat utama serum adalah memberikan kelembapan tambahan kepada kulit.
Namun, jika selepas menggunakan serum kulit anda terasa kering atau mengelupas, ini mungkin petanda serum tersebut tidak sesuai untuk anda.
Beberapa bahan, seperti alkohol atau pewangi, dapat menyebabkan kulit menjadi kering dan rengsa.
Pilih serum yang mengandungi bahan pelembap dan menenangkan kulit, seperti asid hialuronik atau aloe vera.
Walaupun serum mempunyai kepekatan bahan aktif yang tinggi, tidak semua produk akan memberi hasil yang sama pada setiap orang.
Jika selepas menggunakan serum untuk beberapa waktu dan tiada perubahan ketara pada kulit anda, ini boleh menjadi petanda serum tersebut tidak sesuai dengan keadaan kulit anda.
Jika selepas menggunakan serum anda terasa kulit seakan terbakar, ini boleh menjadi petanda kulit tidak sesuai dengan serum tersebut.
Rasa kulit seakan terbakar boleh terjadi akibat daripada penggunaan bahan yang terlalu keras atau reaksi alahan terhadap salah satu komponen dalam serum.
Penggunaan serum sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit dapat memberi manfaat besar kepada kulit.
Namun, adalah penting memilih serum yang sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit yang ingin diatasi.
Jika anda mengalami salah satu tanda di atas selepas menggunakan serum, segera hentikan penggunaan dan rujuk kepada pakar dermatologi untuk mendapatkan saranan yang tepat mengenai produk yang sesuai dengan kulit anda.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg