Pengguna Berdaftar
S’pura dekat di hati Ziana
Penyanyi asal Melaka punya hubungan keluarga di sini; suka kunjungi Mustafa Centre, makan kari kepala ikan di Little India
Sep 1, 2024 | 5:30 AM
Ziana Zain akan menghadiahkan konsert khas untuk peminatnya di Singapura iaitu ‘Ziana Zain Konsert 2024’, di The Star Theatre pada 28 September anjuran Muse+. - Foto FACEBOOK ZIANA ZAIN NETWORK
Berasal dari Merlimau, Melaka, maka tidak hairanlah jika diva pop yang tidak asing lagi, Ziana Zain, mempunyai sanak saudara yang menetap di Singapura.
Maklumlah Singapura dan Melaka mempunyai sejarah silam yang panjang, dan ramai penduduk di sini dan negeri bandar bersejarah itu mempunyai hubungan persaudaraan yang masih kuat.
Laporan berkaitan
Ziana Zain kini di puncak bahagia Jul 5, 2024 | 11:03 PM
5 lagu Kak Gee yang ‘gerek’ tapi jarang dinyanyiAug 27, 2024 | 4:48 PM

