Bagi mereka yang ingin berehat dan meluangkan masa untuk diri sendiri, tidak semestinya perlu menaiki penerbangan jauh untuk menikmati percutian mewah.

Di Johor Bahru, 1975 Avenue & Hotel menawarkan pengalaman penginapan berinspirasi dunia penerbangan, lengkap dengan bilik yang direka untuk memberikan suasana seakan menikmati perjalanan dalam kelas perniagaan atau kelas pertama.

Terletak di Kempas, hotel ini menampilkan dua pesawat Boeing 747 yang dikenali sebagai ‘Bove’ dan ‘Bey’.

1975 Avenue & Hotel di JB menawarkan penginapan mewah dengan bilik bertemakan pesawat kelas perniagaan dan kelas pertama.
1975 Avenue & Hotel di JB menawarkan penginapan mewah dengan bilik bertemakan pesawat kelas perniagaan dan kelas pertama. - Foto ihsan STARRY TEE
Bey, pesawat Boeing 747 di hotel ini, diubah menjadi sembilan bilik unik yang masing-masing diinspirasikan daripada negara berbeza. Setiap bilik menampilkan reka bentuk tersendiri, sambil dilengkapi kemudahan moden untuk keselesaan tetamu. Dengan pilihan bilik yang berbeza saiz, penginapan ini sesuai untuk mereka yang melancong bersendirian, pasangan mahupun keluarga.
Bey, pesawat Boeing 747 di hotel ini, diubah menjadi sembilan bilik unik yang masing-masing diinspirasikan daripada negara berbeza. Setiap bilik menampilkan reka bentuk tersendiri, sambil dilengkapi kemudahan moden untuk keselesaan tetamu. Dengan pilihan bilik yang berbeza saiz, penginapan ini sesuai untuk mereka yang melancong bersendirian, pasangan mahupun keluarga. - Foto ihsan STARRY TEE

Kedua-dua pesawat ini menempatkan pelbagai bilik dengan tema destinasi yang berbeza, menjadikan setiap ruang mempunyai identiti tersendiri.

Satu lagi perkara menarik ialah tetamu boleh menggunakan laluan keluar khas dari pesawat tanpa perlu berjalan melalui lobi utama hotel.

Selain bilik di dalam pesawat, hotel ini turut menawarkan pilihan penginapan dalam bangunan utama.

Bilik moden ini dilengkapi dua katil bersaiz ‘king’, balkoni peribadi serta ruang santai dengan sofa, sesuai untuk pasangan mahupun keluarga.
Bilik moden ini dilengkapi dua katil bersaiz ‘king’, balkoni peribadi serta ruang santai dengan sofa, sesuai untuk pasangan mahupun keluarga. - Foto ihsan STARRY TEE

Saya berpeluang menginap di Captain Room, sebuah bilik seluas 77 meter persegi yang menawarkan ruang luas untuk berehat bersama keluarga atau rakan.

Bilik ini dilengkapi dua katil bersaiz ‘king’, ruang santai dengan sofa serta balkoni peribadi.

Kemudahan dalam bilik termasuk Wi-Fi berkelajuan tinggi percuma dan televisyen 55 inci dengan saluran satelit. Captain Room menawarkan ruang luas dan keselesaan moden, sesuai untuk pasangan dan keluarga yang ingin berehat.
Kemudahan dalam bilik termasuk Wi-Fi berkelajuan tinggi percuma dan televisyen 55 inci dengan saluran satelit. Captain Room menawarkan ruang luas dan keselesaan moden, sesuai untuk pasangan dan keluarga yang ingin berehat. - Foto ihsan STARRY TEE
Bilik air pula dilengkapi tab mandi berdiri bebas, 'rain shower’ serta kelengkapan mandian berjenama.
Bilik air pula dilengkapi tab mandi berdiri bebas, 'rain shower’ serta kelengkapan mandian berjenama. - Foto ihsan STARRY TEE

Apa yang turut menarik perhatian saya ialah sejadah disediakan dalam bilik.

Bagi tetamu Muslim, terdapat juga ruang solat atau musala di kawasan lobi hotel.

Nikmati sarapan pagi ala Jepun secara semi-bufet, dengan pilihan seperti pastri, telur onsen, natto dan sup miso. Tetamu juga boleh menikmati hidangan istimewa seperti wagyu A5 Jepun, udang kara, sushi, sashimi serta pelbagai hidangan sukiyaki dan shabu-shabu.
Nikmati sarapan pagi ala Jepun secara semi-bufet, dengan pilihan seperti pastri, telur onsen, natto dan sup miso. Tetamu juga boleh menikmati hidangan istimewa seperti wagyu A5 Jepun, udang kara, sushi, sashimi serta pelbagai hidangan sukiyaki dan shabu-shabu. - Foto ihsan STARRY TEE

Dari segi makanan, terdapat restoran Jepun, Hanareya @ 1975, di hotel itu.

Tetamu Muslim perlu mengambil perhatian bahawa makanan yang disediakan tidak mempunyai pensijilan halal.

Menurut pihak hotel, hidangan tersebut menggunakan sumber daging halal.

Terdapat pelbagai kemudahan yang boleh anda gunakan.

Antaranya ialah kolam renang yang dilengkapi ‘sunken jacuzzi’, serta kolam dengan pantai ‘man-made’ atau buatan manusia.

Keluarga yang membawa anak-anak juga boleh membawa mereka ke kawasan permainan air yang disediakan.

Kolam renang di aras bumbung dan ‘sunken jacuzzi’ menawarkan ruang untuk tetamu bersantai, dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam.
Kolam renang di aras bumbung dan ‘sunken jacuzzi’ menawarkan ruang untuk tetamu bersantai, dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam. - Foto ihsan STARRY TEE
Ingin merasai suasana seperti bercuti di tepi pantai? Kolam renang berkonsep pantai 'man-made’ (buatan manusia) ini menawarkan ruang untuk tetamu berenang, bermain air dan bersantai bersama keluarga. Ia dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam.
Ingin merasai suasana seperti bercuti di tepi pantai? Kolam renang berkonsep pantai 'man-made’ (buatan manusia) ini menawarkan ruang untuk tetamu berenang, bermain air dan bersantai bersama keluarga. Ia dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam. - Foto ihsan STARRY TEE
Bagi tetamu yang ingin mengekalkan rutin kecergasan, gimnasium yang dilengkapi pelbagai peralatan senaman seperti kardio dan latihan kekuatan dibuka 24 jam. Selepas bersenam, tetamu juga boleh berehat di bilik wap yang beroperasi setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam.
Bagi tetamu yang ingin mengekalkan rutin kecergasan, gimnasium yang dilengkapi pelbagai peralatan senaman seperti kardio dan latihan kekuatan dibuka 24 jam. Selepas bersenam, tetamu juga boleh berehat di bilik wap yang beroperasi setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam. - Foto ihsan STARRY TEE
GEM Spa menawarkan suasana tenang dengan pelbagai rawatan dan terapi untuk merehatkan tubuh serta minda. Spa ini beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.
GEM Spa menawarkan suasana tenang dengan pelbagai rawatan dan terapi untuk merehatkan tubuh serta minda. Spa ini beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. - Foto ihsan STARRY TEE

Tetamu yang ingin memanjakan diri pula boleh mengunjungi spa dan pusat urutan, Gem Spa & Wellness yang terdapat di dalam hotel.

Dengan pelbagai kemudahan ini, tetamu sebenarnya tidak perlu keluar dari hotel untuk mengisi masa sepanjang penginapan.

Menurut pihak hotel, mereka merancang untuk membuka beberapa kedai di kawasan hadapan hotel, yang bakal menambah pilihan untuk tetamu bersiar-siar dan mendapatkan keperluan mereka.

Bagi saya, 1975 Avenue & Hotel sesuai untuk mereka yang ingin menikmati percutian singkat dengan suasana lebih mewah tanpa perlu pergi terlalu jauh dari Singapura.

Di 1975 Avenue & Hotel, setiap ruang direka bukan sekadar untuk melengkapkan penginapan, malah memberikan pengalaman tersendiri kepada tetamu. Dengan gabungan keselesaan dan unsur budaya, hotel ini turut menawarkan pelbagai kemudahan untuk tetamu berehat, beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga.
Di 1975 Avenue & Hotel, setiap ruang direka bukan sekadar untuk melengkapkan penginapan, malah memberikan pengalaman tersendiri kepada tetamu. Dengan gabungan keselesaan dan unsur budaya, hotel ini turut menawarkan pelbagai kemudahan untuk tetamu berehat, beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga. - Foto ihsan STARRY TEE

Dengan bilik yang luas, pelbagai kemudahan riadah dan pilihan untuk berehat serta memanjakan diri, hotel ini menawarkan pengalaman yang lebih daripada sekadar tempat untuk bermalam.

Kadangkala, percutian yang diperlukan bukanlah jadual aktiviti yang padat, tetapi peluang untuk berehat, mengisi semula tenaga dan menikmati masa tanpa perlu ke mana-mana.

Kunjungan ini ditaja oleh pihak 1975 Avenue & Hotel.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan