Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Staycation’ sambil nikmati pertunjukan bunga api

Jul 13, 2025 | 5:30 AM
Pertunjukan bunga api sewaktu NDP 2024 pada 9 Ogos 2024.
Pertunjukan bunga api sewaktu NDP 2024 pada 9 Ogos 2024. - Foto ST

Sedang Singapura membuat persiapan meraikan ulang tahunnya yang ke-60 Ogos ini, hotel di serata Singapura juga giat mengeluarkan pelbagai tawaran ‘staycation’, kunjungan dan kegiatan bagi menarik kedatangan tetamu.

Lazimnya, paparan bunga api yang menyinari langit malam menjadi tarikan buat warga Singapura mahupun warga asing.

Pertunjukan bunga api itu bermula kira-kira 7.30 malam setiap Sabtu sehingga 9 Ogos akan datang.

Langit malam akan bermandikan cahaya dengan angka 60 sempena perayaan SG60 sewaktu Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

Setiap tahun, hotel sekitar Marina Bay dan Padang menyaksikan peningkatan dari segi permintaan bagi bilik yang menawarkan pemandangan terbaik bunga api.

Menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM), Pengarah Urusan Swissôtel The Stamford, Encik William J Haandrikman, berkata hotel itu mengalami lonjakan dari segi pertanyaan menyusuli raptai pertama NDP.

Kadar tempahan juga menunjukkan peningkatan dua angka berbanding tempoh sama tahun lalu, terutama bilik yang menawarkan pemandangan bunga api.

Walaupun hotel tersebut belum ditempah penuh buat masa ini, kesediaan bilik adalah terhad, katanya.

Bagi Wyndham Singapore Hotel, bilik yang menawarkan pamandangan Marina Bay telah ditempah penuh bagi tarikh 9 Ogos sejak Disember 2024.

Permintaan juga meningkat bagi minggu-minggu sebelum NDP dengan ramai menempah hotel bagi malam pranonton pada hari Sabtu.

Hotel berdekatan Padang itu telah selesai kerja pengubahsuaian selama kira-kira setahun bagi hartanah tersebut, termasuk bilik dan ruang awamnya seperti lobi, pada Februari.

Dihubungi BM, warga Singapura, Cik Nur Afniyaty Rafidi, 38 tahun, yang menempah pakej ‘staycation’ tahun lalu masih ingat detik indah tersebut.

Beliau berbelanja hampir $900 bagi tarikh pranonton pada 3 Ogos untuk penginapan semalam di Swissôtel The Stamford.

Beliau yang menginap di hotel bersama suami dan anak-anaknya, telah meminta untuk bilik tingkat tinggi yang menawarkan pemandangan jelas menghadap Padang.

“Kenangan paling manis ialah menonton aksi Red Lions dan pertunjukan bunga api, memandangkan ia juga hari jadi saya waktu itu.

“Lagipun, suasana dalam bilik hotel lebih selesa kerana saya ada empat anak kecil, jadi perbelanjaan yang dikeluarkan terasa berbaloi,” ujar ibu lima anak itu.

Berikut senarai hotel yang menawarkan pemandangan jelas bunga api:

1) Marina Bay Sands

2) Swissôtel The Stamford

3) Fairmont Singapore

4) Mandarin Oriental Singapore

5) Pan Pacific Singapore

6) The Fullerton Hotel Singapore

7) The Fullerton Bay Hotel

8) The Ritz Carlton, Millenia Singapore 

9) JW Marriott Singapore South Beach

10) Grand Copthorne Waterfront

11) Wyndham Singapore Hotel

– Nur Humaira Sajat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg