Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Stor Atuk’ cetus ingatan tentang arwah ayah

Jun 11, 2023 | 05:31 AM



Hampir empat tahun telah berlalu sejak pemergian pelakon veteran Singapura yang disegani, J. A. Halim, kerana angin ahmar.

Anaknya Helmindra, 41 tahun, yang menggerakkan syarikat penerbitan By Apparatus sebak mengenangkan betapa bapanya menjadi sumber inspirasi bagi penghasilan drama kanak-kanak Stor Atuk (Musim Pertama) yang dicalonkan bagi Rancangan Kanak-Kanak Terbaik, Pesta Perdana.


“Kadangkala saya terfikir idea bagi Stor Atuk ini timbul secara tidak diduga selepas mengemas barangan lama bapa saya di stor rumahnya dan dapati bermacam khazanah daripada keratan akhbar dan majalah lama serta pita video yang merakam lakonannya.


“Secara ironi, ayah sudah pergi barulah idea ini timbul. Ayah perlu tinggalkan kami untuk Stor Atuk ini diilhamkan pula. Secara kebetulan, ketika saya duduk dan berfikir panjang tentang idea program kanak-kanak untuk diusulkan kepada Suria, saya teringatkan khazanah barang lama ayah. Mengingatinya buat saya sebak kerana beliau tiada untuk menikmati pencapaian rancangan tentang kisah rakyat atau dongeng buat kanak-kanak ini,” cerita Helmindra ketika dihubungi Berita Minggu.


Menurut Helmindra, bapanya itu tidak pernah memuji kerja seninya dan memberikan sokongan secara tersirat dengan keinginan menyertai projek terbitan By Apparatus.

“Anak mana yang tak nak bekerjasama dengan bapanya? Apabila saya buka syarikat penerbitan sendiri, ayah dapat jenguk studio kami malahan boleh tumpang bangga apabila telefilem pertama terbitan kami, Naluri Ayah, menang Anugerah Telefilem Terbaik, Pesta Perdana.


“Seronoklah dapat berkongsi idea kreatif dengan ayah dan rakan-rakannya seperti Uncle Zulkarnain Mohamed yang sudah saya anggap seperti bapa angkat saya. Allah lebih menyayangi ayah dan tatkala beliau jatuh sakit dan tinggalkan kami sekeluarga, itulah tempoh paling pilu, tertekan dan mencabar buat kami.

“Saya bersyukur masih ada ibu untuk mendoakan yang terbaik buat saya. Beliaulah tunggak kehidupan dan kejayaan saya dan isteri dalam menggerakkan projek seni kami di bawah By Apparatus. Beliau sudah nak bersara dari tugasnya dan akan lebih banyak sibukkan diri dengan tugasan berlakon,” ujar Helmindra.

Sebagai karyawan seni yang bertatih dari melakukan kerja belakang tabir meliputi bidang penggambaran, persiapan prop dan set dan akhir-akhir ini arahan, Helmindra teruja dengan setiap peluasan kerjayanya.

Sedia maklum dengan pengalamannya terlibat dalam pelbagai program realiti dari Juara Memasak, Zoom! dan program terbitannya sendiri, Reka, Ochre Pictures melamar Helmindra untuk mengarah program realiti fesyen yang dapat sambutan menggalakkan, So Stylo!


“Program realiti memang dekat di hati saya. Saya bekerjasama rapat dengan rakan seperjuangan, Ikmaliah Idi, untuk mengusahakan projek So Stylo! ini.


“Saya harus berterima kasih kepada mentor saya, Allahyarhamha Fauziah Hamid yang memberi saya peluang bekerja dengannya ketika beliau antara yang pertama dalam industri televisyen Melayu di Singapura yang mempelopori program realiti bermacam konsep dari masakan, pelancongan dan kembara lasak.

So Stylo! memberi ruang untuk saya kembangkan minat asal terhadap fotografi fesyen kepada misi mencari pereka fesyen berbakat yang tahan dicabar dalam pelbagai misi program ini.


“Kerana ini bukan syarikat penerbitan saya, saya harus akur pada keterbatasan kos tetapi tidak abaikan misi melakukan yang terbaik untuk ketengahkan bakat fesyen kita. Memang susah nak dapatkan peserta yang tepat bagi program ini. Kami ingin dapatkan kerencaman peserta, baik yang muda dan masih belajar atau yang sudah terlibat dalam penghasilan busana perkahwinan.

“Masalahnya adalah komitmen masa sebab ramai yang bertugas sepenuh masa. Ia memerlukan banyak pengorbanan kerana tempoh penggambaran yang panjang. Tapi saya gembira kerana So Stylo! memberi ruang ekspresi kreativiti peserta dalam dunia fesyen,” jelas Helmindra. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >