Daripada solekan harian yang tampak semula jadi kepada gaya soft glam dan solekan malam yang lebih menyerlah, wanita kini mempunyai pelbagai pilihan untuk bereksperimen dengan penampilan, sama ada menerusi pembayang mata lembut, gincu berwarna terang mahupun hiasan berkilauan.

Walaupun media sosial terus memperkenalkan trend kecantikan baharu, pemilihan gaya solekan sering bergantung pada acara, pakaian dan cita rasa individu.