Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sudah bau nasi minyak Atikah Suhaime

Jan 15, 2024 | 5:34 PM
BAKAL BERGELAR PENGANTIN: Atikah Suhaime (kanan) dan tunangnya, usahawan Datuk Lokman Teh, akan diijabkabulkan pada 21 Januari ini. Foto ini dirakam ketika mereka menghadiri kursus rumah tangga.
BAKAL BERGELAR PENGANTIN: Atikah Suhaime (kanan) dan tunangnya, usahawan Datuk Lokman Teh, akan diijabkabulkan pada 21 Januari ini. Foto ini dirakam ketika mereka menghadiri kursus rumah tangga. - Foto INSTAGRAM ATIKAH SUHAIME

Lama tidak kedengaran berita pelakon jelita asal Singapura, Atikah Suhaime, yang kini berpangkalan di Malaysia.

Tahu-tahu apabila dilungsur akaun Instagram Atikah pada 13 Januari, berita gembira disampaikan bahawa pelakon Si Kolot Suamiku itu bakal bernikah dengan usahawan Malaysia, Datuk Lokman Teh, dalam satu majlis di Kuala Lumpur, pada 21 Januari ini.

Awal sebelum ini, beliau dan Lokman sudah bertunang pada Disember 2023. Cuma perkara itu dirahsiakan sehinggalah foto-foto baru dimuatnaikkan selang seminggu sebelum beliau bergelar ‘raja sehari’.

“Alhamdulillah, ya saya sudah bertunang Disember lalu, cuma baru kongsi hari ini.

“Perasaan saya bercampur-baur ketika ini. Ditambah pula saya asal Singapura dan berkahwin dengan orang Malaysia.

“Memang sukar untuk diterjemahkan perasaan itu,” katanya ketika dihubungi laman Utusan Malaysia.

Berkongsi mengenai persiapan majlis perkahwinan yang sudah dilakukan 95 peratus, Atikah akur sudah bersedia menjadi isteri dengan meletakkan suami sebagai keutamaan.

“Selepas ini, suami adalah keutamaan. Rasa sebak sedikit memandangkan saya sangat rapat dengan keluarga di Singapura.

“Insya-Allah saya akan cuba membiasakan diri,” katanya lagi.

Menurutnya, majlis diadakan di Kuala Lumpur sahaja sebab sudah meraih kata sepakat dari kedua-dua keluarga.

“Majlis perkahwinan memang sudah dirancang di Kuala Lumpur dan menghimpunkan kedua-dua belah keluarga. Lagi pula kesihatan nenek Lokman kurang sihat,” katanya yang telah mengadakan kenduri marhaban pengantin di Singapura.

Hubungan akrab Atikah dan Lokman memang sudah diketahui ramai sejak mereka berkenalan pada 2019. Ada juga foto-foto Lokman datang ke Singapura untuk meraikan hari lahir Atikah bersama buah hatinya itu, yang ditemani ibu Atikah.

Selamat pengantin baru buat Atikah. Semoga mahligai yang dibina berkekalan dan Atikah tidak lupa negara kelahirannya, Singapura, dengan tetap menjayakan projek seni di sini jika diberi kesempatan dan ada rezeki ya?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg