Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Suhaimi Yusof diserang angin ahmar, kini dalam pemantauan

Apr 30, 2024 | 02:44 PM



Pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Suhaimi Yusof, kini dirawat di hospital selepas diserang angin ahmar yang menjejas otaknya pada 28 April.

Ketika ditemui Berita Harian (BH) di Hospital Tan Tock Seng, Suhaimi, 54 tahun, yang juga Pengarah Perhubungan Strategik badan Melayu/Islam Jamiyah, berkata beliau disahkan menghidap angin ahmar serebelum pada sekitar 9 pagi, 30 April.


Serebelum adalah komponen penting dalam otak manusia yang berperanan dalam kawalan pergerakan dan imbangan seseorang.

Jenis strok berkenaan berlaku apabila terdapat saluran darah ke bahagian otak yang tersumbat atau terdapat pembuluh darah di otak yang pecah.

Bapa tiga anak itu berkata serangan angin ahmar itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan menuju ke kenderaannya.

Ketika itu, beliau seharusnya bertugas dalam satu acara perjumpaan Hari Raya di Eunos Crescent pada petang 28 April.

“Saya baru turun lif, semuanya biasa-biasa sahaja, tiba-tiba selepas tiga atau empat langkah kemudian saya berasa semua di keliling saya berpusing,” katanya kepada wartawan.

Isterinya, Cik Siti Yuhana Sulaiman, 54 tahun, berkata beliau menerima panggilan daripada suaminya selepas kejadian itu berlaku dan kemudian mengesan suaminya terduduk di atas lantai kolong blok.

Beliau dan anak kemudian menelefon ambulans.

“Kejadian berlaku serta-merta, tak ada simptom pun, Allhamdulillah dia tak terjatuh dan belum mula memandu kereta,” kata Cik Siti Yuhana.

Suhaimi berkata beliau tidak menghidap sebarang komplikasi kesihatan sebelum ini.

Menurutnya, doktor akan memantau keadaan beliau secara kerap dalam masa tiga hingga empat hari akan datang.

Ketika ditanya bagaimana keadaannya sekarang, Suhaimi berkata:

“Strok ini menjejas otak saya, jadi tak tahu selepas ini sama ada saya perlu menjalani pembedahan atau tidak.

“Saya kira akan mengambil sedikit masa untuk pulih.”

Suhaimi berkata beliau mempunyai 15 acara yang perlu dihadiri dalam masa mendatang.

“Usia saya sudah cecah 55 tahun… Mungkin masanya untuk saya berehat,” katanya.

Suhaimi, terkenal dengan gelagat lucunya dalam beberapa siri drama televisyen Inggeris seperti, Police & Thief dan Phua Chu Kang Pte Ltd di samping program lawak jenaka, The Noose.


Beliau juga dikenali sebagai peneraju sketsa komedi keluarga Hasan dalam program Raya, Sinar Lebaran.


Kali terakhir beliau muncul di televisyen ialah sewaktu, Sinar Lebaran 2024, dalam sketsa bersama beberapa pempengaruh media sosial.


Beliau mempunyai dua anak lelaki, berusia 29 dan 25 tahun, serta seorang anak perempuan berusia 28 tahun.

Cik Siti Yuhana mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai dan memohon doa agar suaminya cepat sembuh.

Beliau turut meminta agar privasi keluarganya dihormati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >