Summer Folks Cafe & Steakhouse merupakan usaha niaga terbaru daripada kumpulan Royals yang terkenal dengan The Royals Cafe di Siglap yang ditubuhkan hampir dua dekad lalu.

Kafe di Beach Road itu mempunyai konsep unik dengan menggabungkan suasana kafe dengan menu sarapan tengah hari atau brunch pada siang hari serta menawarkan stik premium dan hidangan panggang pada waktu malam.