Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Syafinaz tak kecil hati, sedar ada silap dan suara tak sedap

Oct 23, 2023 | 09:02 PM



Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat enggan cepat melatah berhubung kritikan warganet terhadap persembahannya ketika menjayakan Konsert Ini Baru Bintang 3 RTM, pada Sabtu lalu.


Mengulas lanjut, Syafinaz berkata, beliau bersikap terbuka dengan kritikan dan menganggap perkara itu adalah lumrah bagi penyanyi sepertinya.

“Muzik itu besar, terpulang pada mereka sama ada untuk suka atau tidak. Perkara itu adalah subjektif untuk semua orang. Saya okey dengan kritikan. Selama ini pun saya hidup dengan kritikan.

“Sebagai penghibur, saya faham orang memang suka mengkritik, tak mengapa. Saya terima. Kalau saya rasa kritikan betul, saya ambil dan perbaiki diri saya. Itu cara saya berfikir. Apa sahaja komen diberi, bagus ataupun tak bagus, saya akan nilai diri saya sendiri.

“Katalah apa sahaja, ia takkan melukakan saya,” katanya kepada laman Berita Harian Malaysia (BHM) Online ketika ditemui selepas konsert minggu kelima All Stars Gegar Vaganza di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada dinihari Isnin.


Mengulas pandangannya mengenai artis yang menjadi juri pertandingan dan berpengalaman sebagai guru vokal tidak sepatutnya mempunyai masalah dari segi nyanyian, juri tetap ASGV ini menegaskan, mereka juga manusia biasa yang tidak sempurna.

“Kita semua manusia dan tidak lepas membuat kesilapan.Saya pun kadang-kadang sedar, ada juga nyanyian saya yang tak sedap. Kalau tak sedap, terima sajalah. Bagi saya, selagi berusaha memperbaiki kelemahan diri, itu lebih penting buat saya,” jelasnya.

Tidak bercakap kosong, Syafinaz memaklumkan beliau sebagai pensyarah guru vokal masih belajar vokal kerana menuntut ilmu tidak pernah kenal batasan usia.

“Saya belajar secara talian dengan guru opera dari Jerman sebab tiada orang di Malaysia yang boleh bantu saya. Kalau perlu bayar saya bayar. Bagi saya, pembelajaran sangat penting. Pada usia saya begini pun saya masih menuntut ilmu dan cuba yang terbaik,” ungkap penyanyi bersuara soprano ini.

Terdahulu, nyanyian Syafinaz dikecam warganet selepas beberapa video dimuat naik dalam aplikasi TikTok yang merakamkan dirinya menyanyikan lagu Persis Salju dan Europa nyanyian asal Monica Naranjo menjadi tular.

Rata-rata warganet mengatakan mereka tidak memahami sebutan lagu Europa yang dinyanyikan Syafinaz, selain mendakwa vokalnya kurang sedap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >