Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

All Stars Gegar Vaganza: Prestasi Liza Hanim ‘Kembali Terang’ di tangga teratas; Aliff Aziz dan Hady Mirza antara ‘Top 10’

Oct 23, 2023 | 01:19 AM



Setelah nyaris-nyaris bergelar juara pada konsert minggu keempat, bintang paling konsisten dalam peraduan realiti All Stars Gegar Vaganza, Liza Hanim, akhirnya dinobatkan sebagai peserta terbaik pada konsert minggu kelima dengan tema ‘misteri’ dan ‘mistik’.


Minggu lalu, Liza antara peserta yang dipotong lima markah kerana menyanyikan lagu rakan duet mereka berbanding peserta lain yang melantunkan lagu yang asing daripada diskografi rakan duet atau diri mereka sendiri. Jika tidak kerana pemotongan markah itu, Liza berada di tangga teratas selepas mengemukakan duet ‘power’ bersama Ziana Zain bagi lagu Madah Berhelah.


Rezeki, bagaimanapun, berpihak pada Noryn Aziz yang berpadu suara dengan legenda Liza Aziz bagi lagu Chaka Khan/Whitney Houston, I’m Every Woman.







Pada minggu kelima ini, berbekal lagu Marsha Milan, Kembali Terang, kembali mantap kedudukan Liza, 43 tahun, dengan markah 70.5 peratus. Di tangga kedua adalah Naqiu, 36 tahun, dengan markah 69.75 peratus. Jaclyn Victor, 44 tahun, di tangga ketiga dengan 69 peratus sementara Nikki Palikat yang tampil sebagai pramugari yang murung berada di tangga keempat dengan 67.75 peratus.


Peserta asal Singapura, Aliff Aziz, 32 tahun, di tangga kelima dengan markah 66.75 peratus manakala Hady Mirza, 43 tahun, berada di tangga kesembilan dengan 62.75 peratus.

Pada akhirnya, Ayai Illusi yang menampakkan prestasi cemerlang di sisi sifu Datuk M. Nasir sambil membawa lagu Raikan Cinta pada minggu keempat, terpaksa akur minggu kelima merupakan detik penutup tirai persembahannya di pentas dewan auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA).


Ayai, 63 tahun, yang mendapat markah 53 peratus diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam segmen ‘Ada Lagu, Ada Lagi’.

Dengan penuh kerendahan hati, Ayai yang merupakan vokalis kumpulan Illusi pada zaman gemilang lagu Puisi Cinta, berkata:


“Saya sedih kerana meninggalkan adik-adik saya di pentas All Stars Gegar Vaganza. Mereka semua hebat-hebat. Saya doakan yang terbaik buat mereka agar terus berjuang. Saya juga sedih kerana isteri yang telah banyak menyokong saya dalam peraduan ini serta anak-anak yang selalu mendoakan saya. Juga buat sahabat handai yang memberikan galakan. Terima kasih kerana ada untuk saya.


“Tapi saya akur tadi ada masalah teknikal pada monitor telinga saya. Hampir tertanggal. Mungkin keadaannya sudah tersurat begitu.”

Kerendahan hati dan ketenangannya menghadapi kegagalan dipuji warganet dengan sebilangannya menyatakan beliau tidak sepatutnya dikeluarkan daripada peraduan itu kerana ada peserta seperti Zamani yang tidak menampakkan prestasi menggalakkan masih kekal di situ.

Dalam sidang media yang diadakan pada awal dinihari Isnin di MBSA dan disiarkan secara langsung di YouTube, Datuk Ramli MS selaku ketua juri berkata kemungkinan markah Ayai dipotong sehingga menyebabkan markah Zamani mengatasi peratusan mata Ayai.

Mengenai persembahan Hady dan Aliff yang dilihat belum cukup ‘ooomph’ oleh warganet, ia sama seperti persediaan umum peserta GV lain bagi minggu keempat ini.

Kata juri Datuk Syafinaz:

“Saya lihat kebanyakan peserta seakan terlebih fikir dan stres sangat di pentas pertandingan. Apakah mereka juga terbawa-bawa dengan emosi sedih pada awal pertandingan di mana mereka menyanyi sambil memberi sokongan kepada saudara kita di Palestin? Jadi rasa sedih itu ‘melekat’ pada mereka dan pada juri.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >