Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syafiq Kyle teruja sambut Ramadan di samping isteri

Mar 4, 2025 | 5:30 AM
Meski menyambut Ramadan dan Aidilfitri seorang pada 2024, Syafiq Kyle (kiri) kini teruja menyambut bulan puasa dan Hari Raya 2025 di samping isteri tercinta, Mimi Lana (kanan).
Meski menyambut Ramadan dan Aidilfitri seorang pada 2024, Syafiq Kyle (kiri) kini teruja menyambut bulan puasa dan Hari Raya 2025 di samping isteri tercinta, Mimi Lana (kanan). - Foto INSTAGRAM SYAFIQ KYLE

Kebahagiaan dan kehangatan alam perkahwinan menyelubungi jiwa pelakon One Cent Thief, Syafiq Kyle, atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Syamim Abdul Razak, 32 tahun, setelah mendirikan rumah tangga bersama Mimi Rozaiana Zainal Abidin atau Mimi Lana, 30 tahun pada 14 Februari di Taiping, Perak.

Syafiq begitu teruja menyambut Ramadan di samping isteri tercinta, salah satu sebab beliau memutuskan berkahwin pada tahun ini (2025).

“Tahun lalu, saya berpuasa seorang dan sambut Aidilfitri di Tanah Suci Makkah dengan mengerjakan umrah. 

“Mungkin inilah berkat doa saya dan emak. Yang baik kita perlu raikan,” jelas Syafiq dalam laman Berita Harian Malaysia (BHM), ketika ditemui pada majlis tayangan perdana episod akhir, Gadis Masa, di Kuala Lumpur pada 26 Februari.

Dalam pada itu, Syafiq turut berkongsi beliau dan Mimi tidak ada penggambaran yang dijadualkan pada Ramadan kali ini.

Sebaliknya, mereka akan menumpukan lebih perhatian kepada perniagaan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Mengulas tentang kehidupannya selepas bergelar suami, rasa bahagia dan seronok berbunga di lubuk hati, apatah lagi, dihidangkan nasi apabila pulang ke rumah setiap hari.

Beliau turut meluahkan rasa syukur kerana kebahagiaannya juga atas doa orang ramai.

Bagaimanapun, dek kesibukan yang mengisi hari-hari merpati dua sejoli ini, mereka tidak sempat merancang percutian bagi merai hari bahagia setelah diijabkabulkan. 

“Kami sedang sibuk, nak bercuti pun tak sempat. Kami banyak habiskan masa di Taiping dan bila nak bercuti sudah nak puasa. Insya-Allah, kami rancang bercuti selepas Aidilfitri.

“Ia boleh dianggap sebagai rumusan hidup saya. Orang boleh buat andaian dan jalan cerita sekalipun, tapi Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. 

“Komen, pandangan dan pendapat orang yang saya temui di Taiping semuanya positif,” katanya lagi.

Terdahulu, Syafiq mengadakan majlis akad nikah dan resepsi di Taiping, yang merupakan kampung halaman Mimi Lana dan dihadiri keluarga serta kenalan rapat.

Pelakon itu mengakui pilihannya untuk mengahwini Mimi Lana pada 14 Februari lalu, tanpa hebahan media, adalah atas menghormati keputusan keluarga dan merasakan berkongsi berita baik pada hari pernikahan lebih wajar.

“Kenapa memilih untuk membuat kejutan? Sebab, jalan yang saya buat untuk sampai ke hari nikah, hanya yang perlu sahaja. Apa yang saya buat atas kehendak dan persetujuan keluarga.

“Jadi, saya hormat Mimi dan dia juga hormat saya. Perkara ini juga dibincangkan dengan pengurus.

“Kami ambil pendekatan untuk isytihar perkahwinan kami pada hari nikah. Itu lebih baik,” ujar Syafiq.

Syafiq berkongsi perancangan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur, namun masih lagi dalam perbincangan memandangkan sedang sibuk.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg