Syarif terima undangan berlakon di Saudi sambil kerjakan umrah
Pengguna Berdaftar
Syarif terima undangan berlakon di Saudi sambil kerjakan umrah
Selepas empat tahun berehat, bos Chulop! jayakan dan rakam OST telefilem Hari Raya Haji, ‘Bisikan Syahdu’
Jun 14, 2024 | 8:31 PM
Hati usahawan churros dan aneka pastri dan roti, Ahmad Syarifullah atau lebih dikenali sebagai Syarif, berbunga-bunga kerinduan pada kota Makkah apabila menonton klip Instagram (IG) Story seorang teman yang sedang menunaikan umrah.
Syarif, 34 tahun, sempat memberitahu isterinya, Malaque Mahdaly, alangkah seronok dan nikmatnya jika mereka dapat mengerjakan umrah sekali lagi.
Laporan berkaitan
‘Bisikan Syahdu’ selami kisah ekspatriat
di JeddahJun 14, 2024 | 5:07 PM
Alyph kembalikan nostalgia era 2000-anMay 10, 2024 | 5:24 PM

