Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Tak adil tuduh artis S’pura bermasalah...’

Mar 22, 2024 | 02:04 PM



Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Sabhi Saddi, 39 tahun, berkata bahawa beliau tidak terkesan dengan dakwaan artis dari Singapura bermasalah.

Dakwaan itu timbul susulan kontroversi penyanyi Aliff Aziz dari Singapura yang ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies.

Bagi Sabhi, beliau berada dalam industri hiburan Malaysia untuk mencari rezeki.

Walaupun apa yang berlaku kepada Aliff sedikit sebanyak memberi kesan, apatah lagi bagi pelakon yang sudah berkahwin sepertinya, beliau percaya rezekinya masih di Malaysia.

Sabhi, bekas peserta program realiti, Famili Duo, berkata beliau menghargai setiap peluang dan rezekinya di Malaysia.


“Jadi, saya cuba menjaga sebaik-baiknya untuk tidak terpalit dengan kontroversi yang boleh menjejaskan nama.

“Kalau suruh kami pulang ke Singapura, tetapi rezeki kami di Malaysia, nak tutup macam mana? Untuk menutup rezeki orang bukan kerja kita, jadi berserah kepada Allah,” kata Sabhi kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


Mengulas tentang kontroversi Aliff, Sabhi berkata beliau tidak mahu menuding jari kepada sesiapa – Aliff atau Ruhainies – kerana beliau tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya antara mereka.

“Namun, kesalahan tidak boleh diletakkan sepenuhnya ke atas Aliff. Ini juga ujian untuk semua orang sebenarnya.

“Bagi saya, tak baiklah nak berkata sedemikian sebab kita semua manusia.

“Secara peribadi, saya tengok Aliff seorang lelaki yang baik dan kami pernah bertemu ketika saya dan Bella Astillah menyertai program realiti, Famili Duo.


“Kami semua rapat ketika dalam program ini. Tapi, sebagai manusia, iman kena asah, walaupun keluar 30 hingga 40 hari berdakwah sekalipun, iman tetap naik dan turun.

“Saya juga pernah melalui fasa muda, tapi saya tak boleh cakap lebih sebab saya pun tiada dalam keadaan Aliff dan saya juga perlu menjaga hati semua,” katanya lagi.

Justeru, untuk mengelak dirinya daripada terbabit dalam kontroversi, Sabhi berkata beliau sebagai lelaki mesti teguh dengan prinsip bahawa dirinya sudah berkahwin, memiliki anak-anak dan seumpamanya.

“Kalau kekal dengan prinsip, saya pasti sukar nak terjerumus,” katanya.

Justeru, Sabhi berkata beliau akan meletakkan hubungannya dengan pelakon wanita yang digandingkan sebagai adik-beradik.

“Apa yang dilakukan untuk mendapatkan keserasian hanya berlandaskan hubungan adik-beradik.


“Saya pernah bergandingan dengan Datin Atikah Suhaime, malah pernah hantar beliau pulang ke rumah, tapi tiada apa-apa terjadi.


“Sebab saya letakkan pemikiran kami adik-beradik dan mempunyai keluarga. Jadi, kena jaga dan meletakkan jurang dengan pelakon wanita.


“Isteri juga tahu saya habis shooting 3 atau 4 pagi dan saya tidak melencong ke tempat lain.


“Selesai kerja terus balik. Sebab itulah juga sampai sekarang saya tiada gosip, alhamdulillah mungkin Allah tak buka aib.


“Saya juga berdoa agar Allah jauhkan saya daripada kontroversi. Namun, saya lebih berhati-hati sebab sekarang semuanya di hujung jari, kita tak boleh nak sorok,” tambah Sabhi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >