Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taman bertema baru bakal dibuka di Okinawa, Jepun pada Julai

May 21, 2025 | 12:12 PM
Junglia dijadual dibuka pada 25 Julai.
Junglia dijadual dibuka pada 25 Julai. - Foto JUNGLIA_OKINAWA/X

TOKYO: Syarikat di sebalik taman pengembaraan alam semula jadi baru di pulau selatan Jepun, Okinawa, berharap pertumbuhan pesat bagi pelancongan negara tersebut akan membantunya mengecapi permulaan hebat, dan lama-kelamaan memacu syarikat pemula itu menembusi lebih jauh di Asia dan pasaran lain.

Junglia, tapak 60 hektar yang dibina di padang golf, menampilkan lebih 20 tarikan seperti pengalaman menaiki belon udara panas, menaiki ‘buggy’ dan ‘Safari Dinosaur’.

Ia dijadual dibuka pada 25 Julai.

Menelan kos kira-kira 70 bilion yen ($627 juta), taman itu merupakan hasil buah fikiran Encik Tsuyoshi Morioka, ketua eksekutif firma hiburan Katana.

Veteran taman bertema itu dipuji kerana telah meningkatkan bilangan kehadiran pengunjung yang sebelum itu merosot di Universal Studios Jepun (USJ) di Osaka dengan membawa masuk tarikan bertema Harry Potter.

Jepun sedang mengalami pertumbuhan hebat bagi sektor pelancongannya yang belum berlaku sebelum ini, didorong yen yang lebih lemah, dengan jumlah pengunjung dari luar negara mencecah rekod 36.9 juta pada 2024.

Perbelanjaan mereka adalah 8.1 trilion yen secara keseluruhan, menjadikan pelancongan – yang dikira sebagai eksport dalam data hasil dalam negeri kasar – sektor eskport kedua terbesar negara itu menyusuli kereta.

Warga Jepun juga suka taman bertema yang baik, dengan resort Disney Tokyo menyaksikan kejayaan berterusan dan USJ, walau berdepan masalah kewangan pada awalnya, terbukti popular.

Bagaimanapun, banyak taman juga mengalami kegagalan.

Pengerusi Persatuan Taman Permainan (Amusement) Jepun, Encik Yu Shioji, percaya Junglia “hampir tiada peluang” untuk kejayaan jangka panjang, memandangkan terdapat taman pengembaraan alam semula jadi lain di Jepun, dan ia agak mahal.

Pas sehari berharga 6,930 yen untuk penduduk tempatan dan 8,800 yen untuk warga asing.

Walau beliau maklum akan cabaran dari segi keuntungan jangka panjang bagi mana-mana taman permainan, Encik Morioka berkata Junglia mempunyai lebih 70 peratus peluang akan berjaya.

Beliau menjangka beberapa ribu pengunjung sehari ke Junglia, dan menambah bahawa ia boleh mengaup keuntungan walaupun jika ia hanya menerima separuh daripada bilangan pengunjung yang ke Okinawa Churaumi Aquarium terletak berhampiran, yang mempunyai kira-kira tiga juta dalam setahun.

Encik Morioka berkata permintaan untuk taman bertema dan khidmat pelancongan tambah lebih nilai di Jepun akan terus wujud, memandangkan banyak negara Asia semakin kaya. – Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg