Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taman tema Pokemon baru dibuka di Jepun awal 2026

Jul 23, 2025 | 7:47 PM
Yomiuriland terletak antara Inagi, Tokyo, dan Kawasaki dalam kehijauan Tama Hills. 
Yomiuriland terletak antara Inagi, Tokyo, dan Kawasaki dalam kehijauan Tama Hills.  - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE POKEMON

TOKYO: Syarikat hiburan Yomiuri Land dan akhbar Jepun, The Yomiuri Shimbun, mengumumkan pada 22 Julai bahawa PokePark Kanto, kemudahan luar yang akan dibina dalam taman hiburan Yomiuriland, akan dibuka pada musim bunga 2026.

Ia akan menjadi kemudahan luaran tetap yang pertama bertemakan dunia watak cereka dalam permainan video, Pokemon.

Ia akan dikendalikan oleh PokePark Kanto, sebuah perusahaan yang ditubuhkan bersama The Pokemon Company, Yomiuri Land, dan The Yomiuri Shimbun.

Penjualan tiket awal dijangka bermula pada akhir 2025.

Yomiuriland terletak di antara Inagi, Tokyo, dan Kawasaki di Tama Hills yang dipenuhi kehijauan.

PokePark Kanto, yang boleh diakses melalui Yomiuriland, adalah seluas kira-kira 2.6 hektar.

Ia akan menampilkan lebih 600 watak cereka Pokemon merentasi Pokemon Forest, kawasan yang memanfaatkan sekitaran semula jadi di sekelilingnya, dan Sedge Town, di mana pengunjung akan berpeluang menikmati kegiatan menarik termasuk sesi beramah mesra bersama Pokemon dan perarakan.

Pokemon Forest turut meliputi laluan berjalan kaki sepanjang 500 meter, di mana pengunjung boleh memerhatikan ekspresi dan pergerakan Pokemon yang tinggal di sana pada jarak dekat.

Ia menampilkan pelbagai rupa bumi termasuk laluan berbukit, rumput tinggi, terowong, laluan berbatu, di mana pengunjung boleh memerhatikan pelbagai jenis Pokemon sedang mereka berlari, bertempur dan berkongsi makanan.

Sedge Town akan menampilkan dua tarikan dan memberi peluang kepada peminat, tidak kira dari Jepun mahupun luar negara, untuk berkumpul dan berinteraksi bersama satu sama lain.

Kawasan itu menempatkan Pasar Pelatih Pokemon atau ‘Pokemon Trainers’ Market’ yang penuh dengan barangan, serta Pusat Pokemon, Pasar Raya Poke, Gim Sedge, perarakan Pokemon dan dua tarikan lain.

Ketua rakan kreatif di The Pokemon Company, Encik Junichi Masuda, berkata bahawa 2026 menandakan ulang tahun ke-30 sejak pengeluaran permainan video Pokemon pertama di Jepun.

Taman itu dicipta untuk membalas jasa peminat yang cinta akan Pokemon selama 30 tahun, katanya.

Beliau menambah bahawa ia menyeronokkan untuk mempunyai tempat di mana Pokemon sentiasa wujud.

Taman tersebut menampilkan makhluk yang “benar-benar ada” di mana pengunjung boleh sentuh dalam sekitaran luar, yang dipilih untuk menonjolkan Pokemon dalam sekitaran semula jadi mereka.

“Mereka terbang melintasi langit dan bergerak secara bebas. (Di dalam hutan), anda boleh merasakan angin bertiupan sepoi-sepoi bahasa dan menghidu bunga, dan Pokemon juga ada di sana. Saya rasa berada dalam sekitaran alam semula jadi sangat penting untuk makhluk yang hidup,” kata Encik Masuda. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg