Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tampil anggun, bergaya dengan 3 koleksi Lebaran wanita

Selain kelihatan cantik, terdapat kisah menarik di sebalik setiap rekaan koleksi Raya
Mar 25, 2025 | 5:30 AM
Daripada siluet klasik yang diberi sentuhan moden hingga inovasi dalam fabrik dan potongan, koleksi Raya 2025 menawarkan pilihan yang menggabungkan keanggunan dan keselesaan. 
Daripada siluet klasik yang diberi sentuhan moden hingga inovasi dalam fabrik dan potongan, koleksi Raya 2025 menawarkan pilihan yang menggabungkan keanggunan dan keselesaan.  - Foto WHIMSIGIRL

Setiap tahun, jenama fesyen Muslimah berlumba-lumba menghasilkan koleksi Hari Raya yang bukan sahaja mengekalkan tradisi fesyen lama, bahkan juga memperkayakannya dengan sentuhan moden.

Daripada siluet klasik yang diberi sentuhan moden hingga inovasi dalam fabrik dan potongan, koleksi Raya 2025 menawarkan pilihan yang menggabungkan keanggunan dan keselesaan. 

Inspo Gaya kali ini meneroka tiga koleksi istimewa yang bukan sahaja menawarkan rekaan yang cukup sahaja cantik, bahkan juga membawa kisah dan identiti tersendiri.

The Last Raya oleh Naezily

Koleksi terakhir Naezily, ‘The Last Raya’, menampilkan 12 rekaan unik yang dinamakan sempena nama kakitangan Naezily.
Koleksi terakhir Naezily, ‘The Last Raya’, menampilkan 12 rekaan unik yang dinamakan sempena nama kakitangan Naezily. - Foto NAEZILY

Sejak dimulakan pada 2019, Naezily telah membawa nafas segar ke dalam dunia fesyen sopan. 

Bermula sebagai pilihan fesyen bagi wanita yang mendambakan pakaian rumah yang bergaya, jenama itu kini dikenali dengan rekaan fesyen moden yang menyegarkan.

Bermula dengan gelaran, SleepyKaftan, jenama itu terus berkembang dengan memperkenalkan rekaan yang menggabungkan unsur klasik dan kontemporari. 

Pada 2022, jenama itu dikenali sebagai Naezily.

Naezily terkenal kerana merapatkan jurang antara fesyen moden dengan sopan dan telah berjaya menarik perhatian ramai melalui kerjasama bersama selebriti terkenal seperti Nora Danish dan Taufik Batisah.

Namun, selepas lima tahun dan 12 koleksi Raya, Naezily kini menutup tirai dengan koleksi terakhirnya, The Last Raya

Menurut pengasasnya, Miza Nazili Ghazali, keputusan dibuat setelah mempertimbangkan cabaran besar dalam industri fesyen, termasuk pengurusan inventori yang kompleks dan keperluan modal yang tinggi. 

Pengasas Naezily, Miza Nazili Ghazali, di acara pertunjukan fesyen ‘Naezily Balik Kampung’ pada 2024.
Pengasas Naezily, Miza Nazili Ghazali, di acara pertunjukan fesyen ‘Naezily Balik Kampung’ pada 2024. - Foto INSTAGRAM MIZANAZILI

Lebih penting lagi, Miza ingin memberi keutamaan kepada ibadah dan masa bersama keluarga, sesuatu yang sering terkorban akibat tuntutan perniagaan setiap Ramadan.

Sebagai koleksi terakhir, The Last Raya, bukan sekadar penutup, namun juga penghormatan kepada pasukan di sebalik jenama itu. 

Setiap rekaan dalam koleksi itu dinamakan sempena nama kakitangan Naezily, menjadikannya lebih bermakna. 

Koleksi itu menampilkan baju kurung Kedah dalam pelbagai corak seperti bintik polka, sulaman berbunga dan motif berkotak, dengan saiz yang menawarkan sehingga saiz 3XL serta set sepasang ibu dan anak. 

‘Nadi Scallop Linen Kurung’ ($109) diperbuat daripada kain linen yang selesa, dihiasi dengan reka bentuk butang sulam biku dan skirt potongan lurus.
‘Nadi Scallop Linen Kurung’ ($109) diperbuat daripada kain linen yang selesa, dihiasi dengan reka bentuk butang sulam biku dan skirt potongan lurus. - Foto NAEZILY
‘Jannah Scallop Kurung’ ($129) diperbuat daripada kain kapas yang selesa dengan reka bentuk kolar sulam biku, lengan kembang dan skirt potongan lurus.
‘Jannah Scallop Kurung’ ($129) diperbuat daripada kain kapas yang selesa dengan reka bentuk kolar sulam biku, lengan kembang dan skirt potongan lurus. - Foto NAEZILY

Antara rekaan yang menonjol ialah, Nadi Scallop Linen Kurung, berwarna kuning cair dan Jannah Scallop Kurung berwarna merah manggis, yang menyerlah dengan perincian sulam biku lembut, menambah sentuhan feminin yang elegan.

Bagi peminat Naezily, The Last Raya, bukan sekadar koleksi pakaian, bahkan simbol perjalanan lima tahun jenama yang telah meninggalkan kesan dalam dunia fesyen sopan. 

Dengan pengakhiran ini, Naezily menutup satu bab dengan penuh bergaya dan pastinya akan dikenang dalam industri fesyen tempatan.

Koleksi Calaraya 2025, Legenda oleh CalaQisya

CalaQisya, yang ditubuhkan pada 2010 oleh tiga beradik, merupakan jenama fesyen Muslimah yang menggabungkan keselesaan, kesopanan dan gaya moden.
CalaQisya, yang ditubuhkan pada 2010 oleh tiga beradik, merupakan jenama fesyen Muslimah yang menggabungkan keselesaan, kesopanan dan gaya moden. - Foto CALAQISYA

Ditubuhkan pada 2010 oleh tiga beradik, Farah Ilyana Khairuddin, Farah Mislina Khairuddin dan Farah Azrina Khairuddin, CalaQisya, telah berkembang menjadi jenama ikonik dalam dunia fesyen sopan. 

Meskipun tiada latar belakang dalam fesyen secara formal, kreativiti dan cita rasa mereka telah menjadikan CalaQisya jenama yang sinonim dengan pakaian sopan lagi bergaya. 

Dengan gabungan keselesaan dan kesopanan, jenama itu telah berjaya menarik pengikut setia, dikenali sebagai, Cala Queens, serta mengembangkan sayap ke lima butik fizikal di serata Malaysia.

CalaQisya mempersembahkan, Legenda, sebagai koleksi Raya 2025, yang dirancang dalam empat fasa atau Chapter. 

Dengan pelancaran Chapter 1 sejak Januari, koleksi itu tidak sekadar menampilkan pakaian siap dipakai atau ready-to-wear, malah, juga aksesori eksklusif seperti alas meja dan lapik pinggan bersulam yang senada dengan tema koleksi, menjadikannya pilihan lengkap untuk persiapan Raya.

Keunikan koleksi Legenda turut terserlah dalam Chapter 2, yang membawa kembali salah satu koleksi paling ikonik CalaQisya, Burj

Direka pada 2016 sebagai pakaian khas untuk majlis pertunangan dan perkahwinan, koleksi itu telah dihidupkan semula untuk musim Raya, memberi peluang kepada peminat CalaQisya untuk memiliki rekaan klasik dengan sentuhan moden. 

Koleksi Burj disediakan dalam empat variasi, Burj Ara, Burj Fleur, Burj Isla dan Burj Bayd setiap satu disertakan dengan selendang padanan untuk melengkapkan gaya.

‘Burj Fleur’ oleh CalaQisya ($160) menggabungkan kemewahan dan fungsi dengan potongan ‘A-line’ dan lengan belon elegan yang memudahkan pergerakan terutama ketika berwuduk.
‘Burj Fleur’ oleh CalaQisya ($160) menggabungkan kemewahan dan fungsi dengan potongan ‘A-line’ dan lengan belon elegan yang memudahkan pergerakan terutama ketika berwuduk. - Foto CALAQISYA

Salah satu gaya yang menonjol dalam koleksi ini ialah Burj Fleur, yang menggabungkan unsur gaya dan fungsi dalam satu rekaan. 

Potongan A-line pada bahagian atas memberi ilusi bentuk badan yang lebih panjang dan anggun, sementara lapisan luar yang dijahit sekali menambah dimensi kepada siluet tanpa memberi kesan penampilan yang ‘terlalu berat’.

Reka bentuk itu tidak hanya selesa di tubuh, malah turut memberi kebebasan bergerak, sesuai untuk wanita moden yang inginkan pakaian praktikal dan bergaya

Tambahan pula, lengan belon dengan kemasan di pergelangan tangan bukan sahaja memberikan penampilan elegan pada pakaian, bahkan juga memudahkan pemakai untuk menyingsing lengan ketika berwuduk.

Sebagai jenama yang sentiasa menitikberatkan keseimbangan antara kesesuaian dengan estetika dalam dunia fesyen sopan, CalaQisya sekali lagi membuktikan komitmennya dengan Legenda

Saiz yang bersifat terangkum, rekaan yang selesa dan perhatian terhadap perincian menjadikan koleksi itu bukan sahaja pilihan bergaya untuk Lebaran malah juga satu penghormatan kepada warisan dan perjalanan jenama itu dalam industri fesyen Muslimah.

Koleksi Aura oleh Whimsigirl

Whimsigirl adalah jenama fesyen yang diasaskan oleh, Syazana Sukiman, terkenal dengan pakaian bergaya, selesa dan mampu milik.
Whimsigirl adalah jenama fesyen yang diasaskan oleh, Syazana Sukiman, terkenal dengan pakaian bergaya, selesa dan mampu milik. - Foto WHIMSIGIRL

Bermula sebagai jenama pakaian kanak-kanak, Whimsigirl, kini menjadi pelopor dalam dunia fesyen wanita yang mengutamakan keseimbangan antara gaya dengan keselesaan.

Diasaskan oleh, Syazana Sukiman, jenama itu bermula daripada sebuah usaha kecil-kecilan yang bermula dari rumah – dengan mesin jahit, fabrik vintaj dan keinginan untuk mencipta sesuatu yang diperlukan oleh kaum wanita moden. 

Hari ini, Whimsigirl dikenali dengan identitinya yang kukuh: pakaian yang bukan sekadar cantik, bahkan juga bermakna dan berfungsi dalam kehidupan seharian.

Semangat ini diteruskan dalam koleksi Raya 2025 mereka, Aura, yang menampilkan gabungan tradisi dan inovasi dalam setiap helaian. 

Dengan pilihan daripada kebaya hingga kurung Kedah, koleksi itu meraikan keunikan potongan serta perincian seperti motif batik vintaj, sulaman berbunga yang elegan dan gaya jahitan lisu perhiasan peniti (pin tuck) serta shirred yang menambah tekstur pada busana. 

Lebih menarik, Aura, turut menampilkan seluar sebagai sebahagian daripada koleksi Raya, satu ciri yang jarang dilihat tetapi memberi keselesaan dan fleksibiliti semasa bergaya.

Set kurung Serene dengan selendang berwarna karang biru ($140) menawarkan potongan longgar dengan gaya potongan bahu menurun (drop shoulder) dan skirt pensel yang memberi ilusi tubuh langsing.
Set kurung Serene dengan selendang berwarna karang biru ($140) menawarkan potongan longgar dengan gaya potongan bahu menurun (drop shoulder) dan skirt pensel yang memberi ilusi tubuh langsing. - Foto WHIMSIGIRL

Antara set menarik koleksi ini ialah set kurung Serene dengan selendang berwarna karang biru, menggabungkan potongan longgar dengan perincian halus, mencipta gaya yang anggun tanpa usaha berlebihan. 

Bahagian bahunya yang mempunyai gaya potongan bahu menurun (drop shoulder) memberi penampilan fesyen yang santai tetapi tetap berstruktur, sesuai untuk mereka yang ingin tampil bergaya dan bebas bergerak.

Skirt pensel yang dipadankan pula direka untuk memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dan langsing, bagi memastikan pergerakan kekal selesa dengan jahitan lisu terbalik di bahagian belakang. 

Dengan fabrik tencel yang lembut, ia bukan sahaja memikat mata tetapi juga selesa dipakai sepanjang hari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg