Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tanda tanya mengapa Syafiq-Mimi batal perkahwinan

Aug 14, 2023 | 03:52 PM



Sehingga kini, rancangan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana membatalkan perkahwinan yang sudah dirancang pada 18 Ogos menimbulkan tanda tanya.

Mimi dalam laman media sosialnya hanya menulis: “Semoga halangan ini ada hikmah di sebaliknya dan muncul pada waktu sesuai perancangan Tuhan.”

Pelakon yang nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin menambah keputusan diambil adalah pertimbangan paling baik dan setiap yang berlaku adalah ujian untuk menjadikan mereka berdua sebagai Muslim yang lebih baik, lapor laman Utusan Online.


“Semoga Allah merahmati saya dan dia (Syafiq) serta memberikan kekuatan kepada kami. Mungkin apa yang kami percaya perkara paling buruk itulah sebenarnya yang terbaik untuk kami di dunia dan akhirat.

“Semoga Allah memberi kami kekuatan dan kesabaran untuk terus melangkah,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram.

Mimi dan Syafiq mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis pernikahan dan resepsi yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, pada 18 Ogos ini.

Difahamkan, kedua-dua majlis bakal diadakan pada hari sama iaitu ijab kabul pada waktu pagi, manakala sebelah malam adalah majlis persandingan.

Mesej pembatalan pernikahan Mimi dan Syafiq yang hanya berbaki seminggu itu disampaikan pengurus aktres itu, Iman Tang.

Biarpun terpaksa berhadapan ujian getir itu, Mimi pada masa sama tetap positif dan bersyukur dikelilingi keluarga, sahabat dan mereka yang berhati mulia.

“Semoga Allah sentiasa membuatkan kami berada dalam keadaan positif dan dikelilingi insan yang mempunyai niat baik dalam hati. Setiap titisan air mata yang mengalir menjadi penghapus dosa, semoga doa yang dipanjatkan dimakbulkan.

“Semoga awak dan saya sentiasa tersenyum,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati tiada perkongsian daripada Syafiq yang terakhir memuat naik hantaran pada 1 Ogos lalu. Difahamkan Mimi dan Syafiq dikatakan sudah mengambil cuti panjang daripada pihak penerbitan serta tidak dapat dihubungi media.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >