Pengguna Berdaftar
Tapis, tepis kandungan digital bikin darah ‘up’
Pempengaruh sosial punya amanah kepada warganet, adab dan etika tetap ‘Nombor 1’
Sep 4, 2023 | 5:30 AM
BIKIN RAMAI MARAH: Nama pempengaruh TikTok, Abang Tesla (kiri) menjadi tular sejak beberapa minggu lalu apabila beliau memuatnaikkan video dirinya memujuk isterinya, Nurmajdina Jamari (kanan), yang sebak mendapat tahu berita beliau bakal bernikah lagi. - Foto OH BULAN!
Sejak seminggu dua ini, nama Abang Tesla kerap bermain di bibir atau ‘berada di hujung jari’ warganet (untuk ditaip dalam ciapan Twitter, hantaran Facebook dan Instagram) atau dijadikan bahan gurauan dalam video TikTok.
Kerana tidak selalu meninajau TikTok, nama itu agak asing buat saya hinggalah saya terlihat betapa marahnya pengarah Malaysia, Michael Ang, dan doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin (Dr Say), kepada Abang Tesla yang membuat beberapa komen tidak peka tentang dirinya yang berpoligami dan mengahwini isteri kedua, Nursyafiqa Mohd Hanafi, selepas perkenalan enam bulan di Instagram Story.
Laporan berkaitan
Usahawan sensasi dihujani kecaman setelah keluar laguNov 7, 2021 | 4:00 PM
Hati Aliff Syukri terguris, Zizan minta maafAug 21, 2021 | 5:30 AM

