Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tawaran menarik kafe, restoran sempena Hari Kebangsaan

Cuti panjang hujung minggu sempena Hari Kebangsaan memberi peluang kepada keluarga dan sahabat handai untuk kumpul bersama sambil menikmati juadah yang digemari. Sempena sambutan hari tersebut banyak kafe dan restoran di serata pulau menawarkan promosi menarik dan hidangan bertema khas! Berikut beberapa hidangan dan tawaran terbaik untuk anda meraikan semangat Hari Kebangsaan.
Aug 10, 2024 | 5:30 AM
Menu terhad Nasi Lemak Sandwich, dengan beberapa pilihan roti.
Menu terhad Nasi Lemak Sandwich, dengan beberapa pilihan roti. - Foto DELIFRANCE

Delifrance

Raikan Hari Kebangsaan dengan perpaduan rasa Perancis dengan Singapura, khas di Delifrance! Selama lebih 30 tahun, Delifrance setia kepada warga Singapura dengan menyediakan cita rasa khas Perancis.

Kini, para pelanggan dapat menikmati pelbagai menu di Delifrance dengan sentuhan cita rasa tempatan. Bila lagi kita dapat merasakan Nasi Lemak Sandwich dengan roti ‘croissant’ mentega yang rangup sambil menghirup secawan kopi?

Pengalaman berkumpul bersama sahabat dan keluarga akan jadi lebih seronok apabila anda dapat menikmati sajian ‘hotpot’ secara beramai-beramai.
Pengalaman berkumpul bersama sahabat dan keluarga akan jadi lebih seronok apabila anda dapat menikmati sajian ‘hotpot’ secara beramai-beramai. - Foto SEDAP THAI

Sedap Thai

Bersiap sedia untuk menikmati hidangan khas Thailand yang menyelerakan di Sedap Thai, restoran Mookata halal di Singapura!

Restoran Sedap Thai seolah-olah akan membawa anda ke Selatan Thailand, di mana anda akan dapat menikmati daging panggang dan ‘hotpot’ sepuas hati dengan harga $22.

Pengalaman berkumpul bersama sahabat dan keluarga akan jadi lebih seronok apabila anda dapat menikmati sajian ‘hotpot’ di mana anda berpeluang memasak makanan sendiri.

Antara yang disediakan termasuk ikan kuah durian. Hidangan pencuci mulutnya termasuk pengat durian dan kek durian.
Antara yang disediakan termasuk ikan kuah durian. Hidangan pencuci mulutnya termasuk pengat durian dan kek durian. - Foto HOLIDAY INN SINGAPORE ATRIUM

Holiday Inn Singapore Atrium

Khabar baik bagi pecinta durian! Nikmati rasa durian di Holiday Inn Singapore Atrium di mana anda dapat merasakan sajian unik berasaskan durian yang jarang sekali ditemukan.

Antaranya seperti ikan kuah durian. Hidangan pencuci mulutnya juga menarik. Ia termasuk pengat durian dan kek durian.

Di sini juga menawarkan bufet minuman petang setiap hujung minggu dengan pilihan makanan ringan khas Singapura seperti ‘kueh pie tee’, sate ayam, dan banyak lagi.
Di sini juga menawarkan bufet minuman petang setiap hujung minggu dengan pilihan makanan ringan khas Singapura seperti ‘kueh pie tee’, sate ayam, dan banyak lagi. - Foto JEN SINGAPORE TANGLIN

J65 @ JEN Singapore Tanglin by Shangri-La

Nikmati hidangan laut antarabangsa semasa makan malam bersama keluarga.

Ingin makan hidangan yang lebih ringan? Restoran tersebut juga menawarkan bufet minuman petang setiap hujung minggu dengan pilihan makanan ringan khas Singapura seperti ‘kueh pie tee’, sate ayam, dan banyak lagi.

Sajian yang pelbagai di Asian Market Cafe termasuk makanan lauk atas ais, rojak tradisional dan manisan yang pasti menarik perhatian boleh dinikmati ramai.
Sajian yang pelbagai di Asian Market Cafe termasuk makanan lauk atas ais, rojak tradisional dan manisan yang pasti menarik perhatian boleh dinikmati ramai. - Foto ASIAN MARKET CAFE

Asian Market Cafe

Luangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai di Asian Market Cafe sambil menikmati sajian menarik dan lazat sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura.

Sajian yang pelbagai di sini termasuk makanan lauk atas ais, rojak tradisional dan manisan yang pasti menarik perhatian boleh dinikmati sehingga 1 September.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg