Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Telefon bijak Xperia 5 V dikuasai sensor kamera mutu tinggi

Sep 7, 2023 | 5:30 AM
SENSOR BARU: Telefon bijak Sony Xperia 5 V menampilkan sensor kamera baru yang boleh menghasilkan foto dan video bermutu tinggi.
SENSOR BARU: Telefon bijak Sony Xperia 5 V menampilkan sensor kamera baru yang boleh menghasilkan foto dan video bermutu tinggi. - Foto SONY

Sony memperkenalkan telefon bijak kelas atasan, Xperia 5 V, yang dilengkapi sensor kamera terbaru ‘Exmor T untuk mudah alih’.

Sensor itu menawarkan fokus dan rakaman sempurna yang dapat menangkap ekspresi manusia dengan lebih jelas serta tekstur kulit lebih realistik.

Ia membolehkan pelbagai jenis rakaman, seperti foto potret dengan menghasilkan kesan bokeh (gambar kabur di bahagian belakang) menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia juga menawarkan pilihan warna yang mencipta ‘mood’ atau suasana yang anda inginkan dalam foto anda. 

Sony turut memuatkan aplikasi suntingan video baru, ‘Video Creator‘ yang membolehkan pengguna membuat video dengan mudah dalam masa seminit sahaja. 

Pengguna hanya perlu memilih foto, video dan muzik, kemudian ‘Video Creator‘ akan melakukan segala kerja untuk menghasilkan video ringkas yang kelihatan profesional. 

Antara keistimewaan lain termasuk prestasi bateri telah dipertingkatkan.

Biarpun diguna sepanjang hari, pengguna boleh menjangkakan baki sekurang-kurang 50 peratus tenaga dalam telefon itu. 

Xperia 5 V boleh ditempah awal mulai 2 September hingga 4 Oktober 2023 pada harga $1,599. 

Mereka yang membuat tempahan awal akan menerima pemegang telefon bimbit jenis Style Cover bernilai $49 dan fon telinga Linkbuds S Truly Wireless bernilai $302.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg