Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Apple dijangka lancar iPhone15 pada Sept 13

Sep 07, 2023 | 06:00 AM



LOS ANGELES: Apple Inc telah menetapkan 12 Sept (1 pagi waktu Singapura pada 13 Sept) sebagai tarikh acara pelancaran produk terbesarnya pada tahun ini, sedang ia bersedia untuk memperkenalkan barisan iPhone 15 dan jam tangan pintar generasi akan datang.

Syarikat itu mengumumkan rancangan itu di laman webnya dan melalui e-mel di bawah slogan, “Wonderlust”.

Pelancaran itu akan distrim dalam talian pada pukul 10 pagi waktu Pasifik pada 12 Sept , dengan acara iringan di Teater Steve Jobs Apple di Cupertino, California.

Apple menghadapi tekanan luar biasa dengan pelancaran iPhone ini.

Jualan syarikat itu telah merosot selama tiga suku berturut-turut kerana syarikat itu berdepan dengan permintaan yang kurang untuk telefon pintar dan peranti lain.

Produk baru sepatutnya membantu memulihkan pertumbuhan musim cuti ini - tempoh jualan terbesar Apple pada tahun ini. Bersama-sama, iPhone dan Apple Watch membawa sebahagian besar pendapatan gergasi teknologi itu.

Kemuncak acara itu ialah barisan iPhone 15, yang akan merangkumi dua model peringkat permulaan dan dua model mewah. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >