Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Temanita Irfan Fandi kemalangan

Nov 27, 2023 | 12:19 AM
TERSELAMAT SUSULI KEMALANGAN: Naib juara Ratu Universe 2023, Anntonia Porsild, terbabit dalam kemalangan jalan raya yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.
TERSELAMAT SUSULI KEMALANGAN: Naib juara Ratu Universe 2023, Anntonia Porsild, terbabit dalam kemalangan jalan raya yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya. - Foto EPA-EFE

LONDON: Naib juara Ratu Universe 2023, Anntonia Porsild, terbabit dalam kemalangan jalan raya yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Insiden berlaku pada petang 23 November waktu tempatan ketika Anntonia dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Mexico sebelum pulang ke Thailand.

Pemandunya yang tidak mahir dengan jalan raya di kawasan terbabit memandu laju dan terlepas penanda arah ke lapangan terbang dan cuba membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan namun dirempuh kenderaan di belakangnya, lapor agensi berita dan ditukil Berita Harian Malaysia (BHM).

Anntonia yang juga kekasih pemain bola sepak asal Singapura, Irfan Fandi, yang juga anak legenda bola sepak negara itu, Fandi Ahmad ditemani Angie (anak perempuan Pui, pemilik francais Ratu Universe Thailand) ketika pemandunya yang terlepas simpang ke lapangan terbang cuba membuat pusingan U yang berbahaya dan menyebabkan kemalangan.

Bagaimanapun, kenderaan Anntonia hanya mengalami kerosakan kecil dan beliau terselamat dan kini dalam perjalanan pulang ke Thailand.

Susulan kemalangan itu, Anntonia dalam media sosialnya berkongsi pengalaman menakutkan ketika menuju ke lapangan terbang sebelum pulang ke Thailand.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg