Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Temanita Irfan Fandi raih tempat kedua dalam peragaan ratu cantik sedunia

Nov 21, 2023 | 8:26 PM
UCAPAN IRFAN: Tunggak pertahanan Singapura, Irfan Fandi, mengucapkan tahniah kepada temanitanya, Anntonia Porsild, atas meraih tempat kedua dalam peragaan Ratu Miss Universe baru-baru ini.
UCAPAN IRFAN: Tunggak pertahanan Singapura, Irfan Fandi, mengucapkan tahniah kepada temanitanya, Anntonia Porsild, atas meraih tempat kedua dalam peragaan Ratu Miss Universe baru-baru ini. - Foto INSTAGRAM/IRFANFANDI

Tunggak bek pertahanan bola sepak Singapura, Irfan Fandi, memuat naik catatan Instagram Stories bagi mengucapkan tahniah kepada temanitanya, Anntonia Porsild.

Ratu Miss Universe Thailand 2023 berusia 26 tahun itu baru-baru ini merangkul tempat kedua dalam peragaan Ratu Miss Universe 2023 – peraduan kecantikan ulung antara pelbagai negara – yang diadakan di El Salvador.

Tempat pertama dimenangi oleh Sheynnis Palacios dari Nicaragua manakala Moraya Wilson dari Australia meraih tempat ketiga.

Berdarah kacukan Thailand dan Denmark, Anntonia mewakili Thailand dalam peragaan itu.

Dalam catatan yang dimuat naik pada Ahad (19 Nov), Irfan berkata: “Tiada kata yang dapat zahirkan betapa bangga saya terhadap anda.”

Menurut AsiaOne, kedua-dua mereka difahamkan telah menjalin hubungan sejak 2020.

View post on TikTok

Anntonia turut memuat naik catatan di akaun Instagram untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan yang beliau raih sepanjang peragaan.

Dalam catatan bertarikh 19 November, beliau berkata: “Tiada kata yang dapat jelaskan apa yang saya rasakan kini.

“Tanpa sokongan anda sekalian, saya tidak dapat berada di sini pada hari ini.”

Awal dari itu, gambar Irfan pernah tular selepas beliau dilihat bergambar bersama Anntonia pada hujung Ogos 2023.

Menurut satu pos Instagram, Irfan dikatakan teman kepada model kacukan Thailand dan Denmark itu.

Gambar pasangan itu termasuk satu yang diambil semasa Anntonia menghadiri satu perlawanan disertai Irfan.

Ia telah dikongsi di beberapa laman dalam talian dengan Irfan dinamakan teman kepada ratu cantik itu.

Namun gambar yang berasal daripada akaun Instagram Anntonia itu telah dipadamkannya, dengan beberapa warganet mendakwa beliau berbuat demikian atas sebab “privasi”.

Irfan, 26 tahun, adalah anak legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad.

Anak sulung dalam empat beradik itu kini merupakan pemain kelab bola sepak profesional BG Pathum United, iaitu pasukan dalam Liga 1 Thailand, sejak November 2018.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg