Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Temui Tomok dan Nana di WGS; beli-belah di Celebfest

Mar 6, 2025 | 2:21 PM
Acara Santai Sejenak @ WGS menampilkan persembahan muzik serta kegiatan seni dan budaya yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Pada 8 Mac, Tomok dan Siti Nordiana, akan menghiburkan penonton di Wisma Geylang Serai.
Acara Santai Sejenak @ WGS menampilkan persembahan muzik serta kegiatan seni dan budaya yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Pada 8 Mac, Tomok dan Siti Nordiana, akan menghiburkan penonton di Wisma Geylang Serai. - Foto INSTAGRAM WGEYLANGSERAI

Santai Sejenak @ WGS

Luangkan hujung minggu di Santai Sejenak @ Wisma Geylang Serai (WGS), acara mingguan yang menampilkan persembahan muzik, demonstrasi masakan dan sesi perkongsian kisah inspirasi.

Diadakan dengan tujuan menghidupkan seni dan budaya di WGS, acara itu sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Minggu ini, pentas akan dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi Malaysia, Tomok dan Siti Nordiana – atau lebih dikenali sebagai Nana – dua nama terkenal dalam industri muzik yang bakal menghiburkan penonton dengan lagu popular mereka.

Tarikh: 8 Mac

Waktu: 8 malam

Tempat: Persada Budaya di Tingkat 1, WGS
Masuk percuma

Ceramah mengenai evolusi karyawan wanita Melayu

Dianjurkan Taman Warisan Melayu (MHC), siri ceramah awam, ‘Voices of Change’ – Evolusi Peranan Wanita Melayu Profesional akan membincangkan perubahan peranan karyawan wanita Melayu dalam masyarakat dan cabaran tertentu yang mereka hadapi.
Dianjurkan Taman Warisan Melayu (MHC), siri ceramah awam, ‘Voices of Change’ – Evolusi Peranan Wanita Melayu Profesional akan membincangkan perubahan peranan karyawan wanita Melayu dalam masyarakat dan cabaran tertentu yang mereka hadapi. - Foto TAMAN WARISAN MELAYU

Sebahagian daripada Siri Ceramah Awam (PLS) anjuran Taman Warisan Melayu, membincangkan perubahan peranan karyawan wanita Melayu dalam institusi masyarakat, khususnya melibatkan penyesuaian nilai tradisional dengan tuntutan moden.

Ia turut meneliti bagaimana wanita Melayu dapat meluahkan ekspresi kreatif, mempengaruhi naratif budaya, serta mengatasi cabaran dalam mentakrifkan identiti mereka dalam masyarakat masa kini.

Panel perbincangan menampilkan Naib Presiden II Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Nur Khairah Abdul Rahim; Pengarah Eksekutif dan Artistik Teater Ekamatra, Shaza Ishak; serta calon Doktor Falsafah (PhD) dan penterjemah, Encik Rashikin Rajah, selaku moderator.

Tarikh: 15 Mac

Waktu: 2 hingga 3.30 petang

Tempat: Activity Room, Pusat Warisan India

Harga tiket masuk: $10 (Bayaran deposit ini akan dikembalikan)

Celebfest Ramadan 2025

Celebfest Ramadan 2025 menghimpunkan lebih 350 jenama dan lebih 70 selebriti serta pempengaruh dalam acara beli-belah merangkumi fesyen, hiasan rumah dan keperluan Ramadan.
Celebfest Ramadan 2025 menghimpunkan lebih 350 jenama dan lebih 70 selebriti serta pempengaruh dalam acara beli-belah merangkumi fesyen, hiasan rumah dan keperluan Ramadan. - Foto CELEBFEST

Celebfest kembali dengan lebih meriah, menghimpunkan lebih 350 jenama, termasuk Yumi Basic dan Simply Rays, serta lebih 70 selebriti dan pempengaruh, antaranya Ayda Jebat, Masdo dan De Fam.

Celebfest terus menyokong perniagaan kecil, menyediakan ruang untuk mereka memperkenalkan produk dan menarik lebih ramai pelanggan.

Selain menawarkan pelbagai koleksi baju raya, perhiasan rumah dan keperluan Ramadan, acara itu turut dimeriahkan dengan hiburan sepanjang tiga hari.

Di dewan utama, pengunjung boleh menyaksikan persembahan artis, menyertai sesi bertemu peminat dan menikmati pengalaman membeli-belah eksklusif.

Sementara itu, di Aras 3, terdapat kawasan permainan kanak-kanak serta zon makanan yang menawarkan pelbagai juadah.

Selain itu, segmen kerohanian bersama asatizah jemputan turut diadakan bagi memberi inspirasi dan panduan dalam menyambut Ramadan.

Tarikh: 7 hingga 9 Mac 2025

Waktu: 12 tengah hari hingga 10 malam

Tempat: Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Dewan 403-406, termasuk di Aras 3

Sesi bercerita kisah ‘Dayang Petera dan Nasi Ajaib’

Sesi bercerita kisah rakyat dari masyarakat Iban, ‘Dayang Petera dan Nasi Ajaib’ turut menampilkan kegiatan membuat bakul nasi mini.
Sesi bercerita kisah rakyat dari masyarakat Iban, ‘Dayang Petera dan Nasi Ajaib’ turut menampilkan kegiatan membuat bakul nasi mini. - Foto TAMAN WARISAN MELAYU

Raikan semangat Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama pencerita, Hafiz Rashid, dalam sesi penceritaan mengenai Dayang Petera, seorang gadis yang mengembara jauh daripada keluarganya dan menemui nasi buat kali pertama di rumah Ini Raja Pipit.

Terpesona dengan rasanya, Dayang Petera mencabar cara Ini Raja Pipit menyediakan nasi.

Ketahui sebab di sebalik tindakannya dan apakah yang berlaku apabila beliau cuba menggunakan kaedahnya sendiri.

Kisah ini, yang berasal dari pada masyarakat Iban di Borneo, mengandungi pengajaran tentang nilai seperti merendah hati, muhasabah diri dan memaafkan.

Peserta juga berpeluang membuat bakul nasi mini sebagai kegiatan sampingan.

Tarikh: 22 Mac

Waktu: 11 pagi hingga 12 tengah hari (Sesi 1); 2 hingga 3 petang (Sesi 2)

Tempat: Dance Studio 6, Aras 1, Our Tampines Hub

Pendaftaran percuma dan perlu dilakukan di pautan berikut, https://dayangpetera.peatix.com/view

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg