Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Temui watak animasi Omar & Hana di WGS, sertai pesta aiskrim

Dec 5, 2024 | 2:19 PM
Bengkel ‘Dessert Squishy Painting’ diadakan setiap hujung minggu dari 22 November hingga 25 Disember di acara, ‘Twinkle & Treats: A Sweet Christmas’ di Plaza Singapura.
Bengkel ‘Dessert Squishy Painting’ diadakan setiap hujung minggu dari 22 November hingga 25 Disember di acara, ‘Twinkle & Treats: A Sweet Christmas’ di Plaza Singapura. - Foto BRAND CELLAR

Sambutan perayaan bertema aiskrim di Plaza Singapura

Plaza Singapura dan Muzium Aiskrim Singapura (MOIC) membawakan, Twinkle & Treats: A Sweet Christmas, acara sambutan perayaan dengan hiasan bertemakan aiskrim dan lampu merah jambu.

Nikmati permainan, Igloo Sprinkle Pool, bengkel seni kreatif, dan pertunjukan lampu pertama oleh Plaza Singapura sepanjang 170 meter di Orchard Road. 

Bengkel Dessert Squishy Painting turut diadakan pada hujung minggu dari 22 November hingga 25 Disember, dengan yuran $15 seorang bagi sesi selama 20 minit.

Pengunjung boleh mencuba aiskrim bertema perayaan seperti cip coklat pudina dan strawberi sambil berpeluang memenangi hadiah melalui cabutan bertuah dan ganjaran aplikasi CapitaStar.

Tarikh: 22 November hingga 25 Disember 2024

Tempat: Plaza Singapura, 68 Orchard Road, Singapura 238839

Pertunjukan Lampu

Tarikh

Setiap Jumaat hingga Ahad dari 22 November hingga 15 Disember

Setiap malam pada 20 hingga 25 Disember 

Masa: 7.30, 8.30 dan 9.30 malam

‘Muzikita: Gema Legenda’ di Wisma Geylang Serai (WGS)

Kumpulan muzik tempatan, Atok & Friends, bakal membuat persembahan di acara, ‘Muzikita: Gema Legenda’, pada 7 Disember.
Kumpulan muzik tempatan, Atok & Friends, bakal membuat persembahan di acara, ‘Muzikita: Gema Legenda’, pada 7 Disember. - Foto INSTAGRAM WGEYLANGSERAI

Acara, Muzikita: Gema Legenda, memberi penghormatan kepada salah seorang ikon tersohor dalam dunia muzik dan perfileman Melayu, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Persembahan itu menampilkan kumpulan pemuzik tempatan, Atok & Friends, yang akan menghidupkan semula melodi dan lagu klasik komposer terkenal itu dalam konsert penuh nostalgia.

Acara selama sejam itu bukan sahaja meraikan legasi P. Ramlee, malah memperkenalkan karyanya kepada generasi baru.

Tarikh: 7 Disember 2024

Masa: 8 malam hingga 9 malam

Tempat: Persada Budaya, Tingkat 1, Wisma Geylang Serai (WGS), 1 Engku Aman Turn, Singapura 408528

Masuk percuma.

‘A Sensory Birthday Celebration!’ di Muzium Kanak-Kanak Singapura 

Direka untuk memperkenalkan pembelajaran melalui deria, sesi interaktif, ‘A Sensory Birthday Celebration!’, menggabungkan unsur visual, audio dan sentuhan dalam suasana yang menyeronokkan dan selamat.
Direka untuk memperkenalkan pembelajaran melalui deria, sesi interaktif, ‘A Sensory Birthday Celebration!’, menggabungkan unsur visual, audio dan sentuhan dalam suasana yang menyeronokkan dan selamat. - Foto NHB

Muzium Kanak-Kanak Singapura menyambut ulang tahun keduanya dengan acara, A Sensory Birthday Celebration!, yang menawarkan kegiatan permainan berasaskan pancaindera khas untuk kanak-kanak dan ibu bapa. 

Direka untuk memperkenalkan pembelajaran melalui deria, sesi interaktif itu menggabungkan unsur visual, audio dan sentuhan dalam suasana yang menyeronokkan dan selamat.

Setiap sesi berlangsung selama sejam, memberi peluang kepada si cilik untuk meneroka kreativiti dan rasa ingin tahu mereka sedang ibu bapa menyokong pembelajaran mereka. 

Tarikh: 6 dan 8 Disember 2024

Masa: 9 pagi atau 11.30 pagi (kira-kira sejam setiap sesi)

Tempat: Muzium Kanak-Kanak Singapura, 23-B Coleman Street, Singapura 179807

Harga Tiket Masuk: $30 setiap pasangan dewasa dan anak

Fiesta Keluarga Akhir Tahun di WGS

Acara Fiesta Keluarga Akhir Tahun di Wisma Geylang Serai menampilkan pelbagai kegiatan menarik untuk dinikmati seisi keluarga seperti acara istana ambul atau ‘bouncy castle’ dan ruang berisi bola-bola atau ‘ball pit’ dari 2 Disember hingga 2 Januari 2025.
Acara Fiesta Keluarga Akhir Tahun di Wisma Geylang Serai menampilkan pelbagai kegiatan menarik untuk dinikmati seisi keluarga seperti acara istana ambul atau ‘bouncy castle’ dan ruang berisi bola-bola atau ‘ball pit’ dari 2 Disember hingga 2 Januari 2025. - Foto INSTAGRAM WGEYLANGSERAI

Sertai Fiesta Keluarga Akhir Tahun di WGS untuk kegiatan menarik bersama keluarga.

Kanak-kakak boleh menikmati permainan istana ambul atau bouncy castle, ruang berisi bola-bola mainan atau ‘ball pit’, dan pengalaman menaiki kereta mini di kawasan Persada Budaya di WGS.

Pengunjung juga boleh ke Geylang Serai Extravaganza 4.0 di Thoroughfare iaitu bazar menjual pelbagai makanan dan minuman halal yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan, Omar & Hana, watak kartun daripada siri animasi yang popular di Malaysia pada 15 Disember. Terdapat juga persembahan pentas menarik dan pertandingan mewarna.

Kegiatan lain yang ditawarkan semasa acara itu termasuk senaman, Dance & Fitness with EriKhai, dan Pencak Baween Dhuen.

Tarikh: 2 Disember 2024 hingga 2 Januari 2025

Masa: 10 pagi hingga 9 malam

Tempat: Wisma Geylang Serai

Masuk percuma

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg