Topic followed successfully
Go to BHkuThailand rancang kurangkan tempoh bebas visa pelancong kepada 30 hari
Thailand rancang kurangkan tempoh bebas visa pelancong kepada 30 hari
Thailand rancang kurangkan tempoh bebas visa pelancong kepada 30 hari
BANGKOK: Thailand merancang mengurangkan bilangan hari ia membenarkan pelancong asing untuk berada di negara itu tanpa visa kepada 30 hari.
Ini merupakan sebahagian usaha negara Asia Tenggara itu untuk membanteras pelancong yang mengambil kesempatan ke atas pengecualian itu untuk melibatkan diri dalam perniagaan haram, menurut Menteri Pelancongan dan Sukan, Encik Sorawong Thienthong.
Persatuan Ejen Pelancongan Thai telah meluahkan keprihatinan mengenai bilangan meningkat warga asing yang melakukan perniagaan atau bekerja secara haram di negara itu.
Sementara itu, Persatuan Hotel Thai berkata tempoh bebas visa yang panjang itu mungkin antara faktor yang membawa kepada peningkatan dalam unit kondominium yang disewa secara haram kepada tetamu asing, menurut laporan Bangkok Post.
Sejak Julai 2024, Thailand telah membenarkan pemegang pasport dari 93 negara masuk ke negara itu bagi tujuan pelancongan dengan tempoh tidak melebihi 60 hari.
Pengurangan kepada 30 hari telah dipersetujui pada dasarnya oleh pelbagai kementerian, menurut laporan cawangan media Thailand, yang menukil Encik Sorawong.
Sektor pelancongan kekal sebagai pemacu utama ekonomi Thailand yang suram, yang merupakan kedua terbesar dalam rantau itu.
Kerajaan sedang menyasarkan ketibaan pelancong asing agar boleh melepasi 40 juta pada 2025, lantas memecah rekod yang dicatat pada 2019.
Antara Januari dengan 9 Mac, Thailand menyambut seramai 7.66 juta pelancong asing, peningkatan sebanyak 4.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. – Agensi berita.

