Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

The Rock didakwa sebab kerugian filem ‘Red One’?

Nov 18, 2024 | 4:27 PM
Dwayn ‘The Rock’ Johnson mengakui kadangkala terlewat ke set filem aksi musim cuti, ‘Red One’ tetapi tidak sampai menyebabkan kerugian besar kepada penerbit sebagaimana yang didakwa laman web, ‘The Wrap’.
Dwayn ‘The Rock’ Johnson mengakui kadangkala terlewat ke set filem aksi musim cuti, ‘Red One’ tetapi tidak sampai menyebabkan kerugian besar kepada penerbit sebagaimana yang didakwa laman web, ‘The Wrap’. - Foto REUTERS

Lebih dua dekad lamanya, bekas ahli gusti dan pelakon filem aksi, Dwayne ‘The Rock’ Johnson, dikenali sebagai anak seni yang bekerja keras dan memiliki daya tarikan sehingga banyak filem yang dijayakan ‘pecah panggung’.

Bagaimanapun, laman web, The Wrap melaporkan Johnson, 52 tahun, menimbulkan masalah dari segi etika kerja bagi filem musim Krismas, Red One, sehinggakan popularitinya mula merudum.

Filem yang sepatutnya dijadualkan ditayangkan pada November 2023 tertunda setahun dan akhirnya ditayangkan pada November 2024.

Sebahagian masalah itu timbul apabila karyawan seni Hollywood mula tunjuk perasaan kerana tidak diberi pendapatan setimpal dengan kerja keras mereka.

Namun, dalam hal filem ini, masalah besar dikatakan timbul apabila Johnson didakwa sering lewat datang ke set dan dianggap kurang profesional.

Tambahan pula, penerbit filem yang turut dibintangi Chris Evans itu kurang pengalaman dan menyebabkan banyak kerugian kos berlaku.

Sungguhpun begitu, pengarah filem, Jake Kasdan, menafikan perkara itu ketika ditemui majalah GQ sambil menambah:

“Dwayne tidak pernah ketinggalan datang ke set. Ada banyak perkara berlaku dalam hidupnya.

“Kadangkala sahaja dia lambat tetapi begitulah di Hollywood. Ada hari, pelakon lain juga lambat.

“Sejujurnya, saya sudah hasilkan tiga filem besar bersama Dwayne. Apa yang boleh saya katakan, beliau insan yang baik hati kepada setiap orang di set.”

Evans juga mempertahankan Johnson seraya berkata rakannya itu tidak seperti yang dilaporkan sesetengah media picisan.

“Saya pernah bertemu dengan pelakon lain yang tidak menghormati masa orang lain tetapi Dwayne sangat menghormati kami.

“Kami tahu apa yang akan dilakukannya sebab dia sering memaklumkan kami mengenainya,” ujar Evans.

Johnson, bagaimanapun, mengakui beliau kadangkala terlewat tetapi tidak sampai menimbulkan kerugian kos buat penerbit.

“Masalahnya, sesetengah media tidak berusaha menghubungi saya bagi memperjelas perkara sebenar.

“Mereka melaporkan bermacam perkara dan menokok tambah,” katanya lagi.

Red One ialah filem musim cuti dan Johnson membawa peranan sebagai pengawal keselamatan Santa Claus bernama Callum Drift yang menyertai misi menjejak Santa Claus yang diculik.

Filem ini juga dibintangi Kiernan Shipka, Lucy Liu dan J.K. Simmons.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg