Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tiada dendam pada bekas kekasih, ambil iktibar: Andmesh

Jun 01, 2023 | 02:12 PM



TIADA sekelumit perasaan benci atau dendam terhadap bekas temanita meskipun cinta yang terjalin putus di tengah jalan.

Penyanyi Indonesia yang mula meledak menerusi lagu, Cinta Luar Biasa, Andmesh Kamaleng berkata beliau tidak pernah memusuhi insan yang pernah bertakhta dalam hatinya hanya kerana hubungan cinta tidak kesampaian, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Meskipun terluka, namun Andmesh menyifatkan segala episod duka yang dialami mengajarnya untuk menjadi insan lebih baik pada masa akan datang.

“Saya sudah banyak kali putus cinta. Setiap kali putus cinta, saya akan berterima kasih kepada mereka yang pernah singgah di hati saya kerana dari situ, saya akan belajar untuk menjadi orang yang lebih baik.

“Saya sering menjadikan kisah kekecewaan sebagai idea untuk menghasilkan lagu. Kebanyakan lagu ciptaan saya berdasarkan pengalaman sendiri.

“Bagaimanapun, jika ada penyanyi yang ingin meminta lagu, saya akan bertanya pengalaman mereka dan akan cuba menyelitkan pengalaman sendiri supaya lagu itu lebih berjiwa,” katanya kepada media seberang, pada sidang media Konsert Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur yang diadakan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.


Sebagai penulis lagu yang menjadikan kisah peribadi sebagai sumber ilham, pemilik nama lengkap Jeandmesh Antonio Kamaleng, 25 tahun, tetap mengamalkan etika supaya tidak ada insan yang terluka hati ataupun berlaku perkara berbangkit pada kemudian hari.

“Setiap kali saya menulis lagu yang ada kaitan dengan kisah cinta, sebelum melancarkannya, saya terlebih dahulu meminta keizinan daripada bekas kekasih.

“Hanya selepas diberi keizinan barulah saya berani untuk memperdengarkan kepada peminat. Beberapa tahun lalu, saya pernah mengalami putus cinta hanya kerana perbezaan agama.

“Waktu itu saya sendiri tertanya-tanya mengapa agama perlu menjadi penghalang kepada hubungan kami. Namun, saya akur dengan keputusan bapanya itu.

“Tak mahu berdebat, saya meluahkan perasaan saya menerusi lagu, Kumau Dia,” luah penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program, Rising Star 2 ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >