Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tiada pengawal peribadi kerana mahu ia sesi santai

Kamal Adli sangka lelaki yang didakwa menyerang sekadar mahu bergambar
Mar 13, 2023 | 07:30 PM



PELAKON Malaysia, Kamal Adli, sudah sedarkan diri selepas ditidurkan lebih sejam bagi menjalani satu pembedahan di Hospital Besar Changi (CGH) untuk merawat kecederaan di kepalanya menyusuli satu serangan di Singapore Expo pada Ahad malam.


Kamal, 36 tahun, yang hadir bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 itu datang ke Singapura untuk bertemu peminat dan beramah-tamah dengan mereka bersama isterinya Uqasha Senrose, 30 tahun.


Memaklumkan perkara ini kepada Berita Harian pada Isnin, pengacara Roslan Shah yang membawa pasangan itu ke sini berkata Kamal kini sedang berehat di tempat yang dirahsiakan setelah menerima empat jahitan pada bahagian kepalanya yang luka dalam dan bocor setelah diserang dengan baton.


Dalam satu kenyataan semalam, jurucakap polis berkata siasatan awal menunjukkan seorang lelaki 33 tahun yang membawa baton didakwa menyerang Kamal di Singapore Expo pada Ahad.


“Lelaki itu kemudian diberkas kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya dan memiliki senjata serangan.


“Baton itu telah dirampas sebagai bahan bukti. Siasatan polis sedang dijalankan,” jelas jurucakap itu.


Menjelaskan lanjut mengenai perkembangan Kamal, Roslan berkata:

“Saya mohon orang ramai khususnya peminat Kamal mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Kamal kembali pulih.


“Isterinya Uqasha sedang dalam keadaan trauma dan sepertimana yang dimuatnaikkan ke Instagram meminta jasa baik orang ramai mendoakan suaminya yang dalam keadaan ‘mamai’ (kurang jelas fikiran).


“Antara sejam hingga sejam setengah pembedahan dengan empat jahitan dijalankan pada Kamal. Kepalanya kini berbalut, belakang badannya dan pinggangnya yang diserang dengan baton itu berbilai-bilai.


“Selepas serangan, memang Kamal terasa pening. Kalau ramai tanya mengapa tiada pengawal keselamatan, saya jelaskan kebiasaannya memang artis akan bawa pengawal keselamatan mereka sendiri atau minta kami sediakan.


“Tapi Kamal dan Uqasha ingat santai-santai sahaja. Siapa sangka kejadian ini boleh berlaku di khalayak ramai,” ujar Roslan.


Kejadian ngeri itu berlaku di Dewan 5A, Singapore Expo, sekitar 9 malam, sesudah Kamal dan Uqasha bergambar dengan peminat.


Seorang lelaki memanggil Kamal yang menyangka dia ingin bergambar. Sebaliknya, beliau diserang lelaki berkenaan secara bertubi-tubi dengan orang ramai kemudian mengejar lelaki itu yang secara bersahaja dikatakan tersenyum sinis.


Dalam perkongsian di Instagram Story, Uqasha mendakwa menerima ugutan buat Kamal daripada orang dan nombor telefon yang tidak dikenali.


Salah seorang peminat Kamal, Cik Alfiah Rose, 52 tahun, yang kebetulan baru bergambar dengannya sebelum kejadian berlaku berkata:

“Tak sangka wujud tragedi. Baru sahaja berborak-borak dengan Kamal dan Uqasha yang ramah dan melayan peminat dengan baik. Alih-alih dengar kecoh-kecoh dan nampak darah banyak di tempat kejadian.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >